Kenapa diorang ni tak bercadang menubuhkan konsortium...gabungkan semua syarikat bumiputra.. kan jadi lebih besar dan lebih berdaya-saing..
Mereka juga menuntut supaya Dato Seri Khalid meletakkan jawatan dan menutup sahaja operasi Kumpulan Semesta..kalau Dato Seri Khalid dah letak jawatan..siapakah yang layak menggantinya?.. ini supaya dapat memuaskan hati jawatankuasa Bertindak Pengusaha -pengusaha Pasir Melayu Selangor ni...
Aku rasa kalau macam tu lebih baik kita lantik pengerusi jawatankuasa Bertindak Pengusaha -pengusaha Pasir Melayu Selangor menjadi MB Selangor tanahairku...agar pengusaha-pengusaha pasir bumiputra di Selangor ni boleh bernafas lega dan terus dapat melonggokkan harta..
Cerita tahun 2004... Isu pasir di Selangor ketika zaman UMNO mentadbir...
Dato’ Seri Dr Khir Toyo yang sedang mengemis simpati Umno Selangor dan Pak Lah supaya dikekalkan sebagai MB Selangor sepenggal lagi, terus menghebohkan kejayaannya menawan puluhan jentera berat, lori hantu dan belasan orang kuli batak upahan para perompak, hasil daripada `Perang Pasir Selangor`yang telah memasuki minggu keempat. Amat malang hebohan itu sedikit pun tidak berjaya mengikis imejnya sebagai Pengamal Rasuah Terkemuka. Rata-rata rakyat di pelbagai peringkat termasuk ahli-ahli Umno dari Sabak Bernam hingga ke Sepang hanya mentertawakan drama arahan Dr. Khir, terutamanya episod `puluhan jentera berat berjaya melarikan diri daripada sitaan`. Didorong oleh rasa marah dan kecewa kerana dipersenda-sendakan oleh rakyat, pembangkang dan pencabar-pencabarnya di dalam Umno Selangor, Dr Khir mula mencari kambing hitam untuk dikorbankan. MB Muda itu di dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kuala Selangor pada 27 Januari lalu berkata: “Saya ada menerima laporan bahawa ada ketua kampong terlibat di dalam kegiatan mencuri pasir. Jika benar, jawatannya akan dilucutkan dan tindakan Undang-undang akan diambil terhadap orang berkenaan.” Kenyataan Pengamal Rasuah Terkemuka itu sekali lagi diperolok-olokkan oleh rakyat. Seorang pesara Penghulu mengulas: “Kecurian pasir sudah berjalan selama 3 tahun, kerajaan rugi 180 juta ringgit, tak kan seorang saja yang akan ditangkap, macam mana pula pencuri-pencuri yang lain? Hiss….tak masuk akal la!” Hasrat Khir untuk mengkambing-hitamkan ketua kampong berkenaan tidaklah menghairankan. Sebelum ini bekas DO Kuala Langat adalah korban pertama Khir untuk menutup dosa rasuahnya. Yusop Badul 56, telah didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam 6 Disember tahun lalu kerana menyalahgunakan kuasa membuat pengesyoran permohonan tanah seluas 50 ekar di Bukit Cheding, Mukim Tanjung Dua Belas Kuala Langat kepada Syarikat Nadi Jitu Sdn.Bhd, untuk diluluskan oleh Exco yang bermesyuarat pada 4 Julai 2001. Nadi Jitu Sdn. Adalah milik Azril Yusri berusia 21 tahun anak lelaki Yusop. Turut terbabit di dalam pengesyoran itu tiga syarikat lain; Kualiti Anggun Sdn.Bhd, Awal Sentosa Sdn Bhd dan Semaian Bintang Sdn.Bhd. Masing-masing memperolehi 50 ekar. Keempat-empat syarikat terbabit mempunyai alamat yang sama di Jalan Goh Hock Guat Klang. Manakala Pengarah setiap syarikat terdiri daripada empat orang anak muda berusia berusia awal dua puluhan termasuk Azril Yusri. Menurut aduan Sdr. Lutfi Othman kepada Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah Malaysia pada 23 Oktober 2001, Khir Toyo disyaki menyogok Yusop Badul dengan memasukkan Nadi Jitu Sdn Bhd sebagai salah satu daripada empat syarikat terbabit untuk melicinkan urusan permohonan tanah tersebut. Sah Yusop Badul telah dikambing-hitamkan oleh Khir Toyo. Diberitakan Pengamal Rasuah Terkemuka itu kini sedang berusaha untuk merasuah Yusop jutaan RM, agar tidak melibatkan namanya di dalam perbicaraan yang akan bermula pada April depan. Yusop buat masa ini dibebaskan oleh mahkamah dengan ikat jamin sebanyak RM6000 sementara menunggu tarikh perbicaraan. Mungkinkah ketua kampong yang disyakki itu akan senasib dengan Yusop? Tidak mustahil begitu, kalau Dr Khir punya cukup telur untuk bertindak! Jika pendakwaan terhadap ketua kampong itu nanti benar-benar berlaku, bolehlah Insan Menggilai Rasuah itu menjadikannya sebagai bahan kempen untuk memperlihatkan `kesungguhannya`memerangi perompak pasir. Menurut sumber dari pihak tertentu, ketua kampong yang bakal dimangsakan itu adalah kroni rapat bekas MB Dato Seri Abu Hassan Omar. Beliau difahamkan adalah Pengerusi Persatuan Pengusaha-pengusaha Pasir di salah sebuah daerah di Selangor. Dipercayai beliau pernah menghantar memorandum bantahan bagi pihak para pengusaha kepada Khir Toyo kerana membekukan permit pengeluaran pasir dengan alasan semua kawasan yang terlibat telah diambil semula oleh anak syarikat kerajaan negeri Permodalan Negeri Selangor Sdn.Bhd (PNSB). Kebanyakan para pengusaha pasir tersebut difahamkan meragui keikhlasan tindakan Khir menyerahkan semula kawasan-kawasan terlibat kepada PNSB. Tindakan Khir itu dianggap sebagai menaruh pasir ke dalam periuk nasi mereka. Ada yang berpendapat MB itu sengaja berbuat begitu agar dapat mengeluarkan permit baru untuk kroni-kroni rapatnya sahaja. Ada pula desas-desus lain yang mengatakan sebuah syarikat LBS Sdn Bhd memainkan peranan penting merangsang Khir di sebalik pengambil-alihan semula kawasan-kawasan (tanah-tanah) terlibat. Bagaimana pun ceritanya, mari sama-sama kita nantikan tindak tanduk Pengamal Rasuah Terkemuka itu seterusnya. Mengkambing-hitamkan ketua kampong bererti melondehkan seluarnya sendiri kerana tiada seorang pun ketua kampong di Selangor yang bukan ahli Umno. Sekurang-kurang penjawat berkenaan mestilah ketua Umno cawangan atau pun AJK Bahagian. Apa kata kalau individu berkenaan mengugut akan menjadi pelapor pertama muncul dari kalangan Umno untuk melaporkan amalan rasuah mega dan mini Khir Toyo? Almaklum sajalah! Kalau orang sudah marah dia boleh berbuat apa saja. Habuannya yang kecil diheboh-hebohkan sedangkan Khir Toyo sendiri membalun ratusan juta RM wang rasuah. Difahamkan ketua kampong yang disyaki itu terkenal dengan keberaniannya lagi pun laporan lengkap Rasuah Khir Toyo kepada Ketua Pengarah BPR senang-senang boleh diperolehi daripada pihak pembangkang. Mari kita lihat siapa yang lebih jantan... Khir Toyo atau ketua kampong yang bakal dikambing-hitamkan? Orang Dalam - 29.01.2004 |
|
0 comments:
Post a Comment