Pages

Monday, October 5, 2009

Persatuan Bekas Tentera tidak relevan, terlalu berpolitik

Komen pembaca di Blog Brigadier Jeneral (B) Muhammad Arshad.

------------------------------------------------------------------------------------


Saya memang sedar dan arif tentang dua organisasi, Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) dan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM). Kedua-dua organisasi ini, sungguh pun cara penubuhanya berlainan tetapi peranan asasnya sama, iaitu untuk
menjaga kebajikan dan kesejahteraan pesara-pesara ATM.

Semenjak mula penubuhan sehingga era "Pegawai Waran Dato Zainal", PBTM merupakan satu NGO yang berwibawa, disegani dan memain peranan aktif dalam usaha melaksanakan tugas dan tanggung jawab persatuan. Semenjak Dato'Zainal mengambil alih pucuk pimpinan dengan stategi dan sentimen "Other Ranks"nya telah membawa PBTM menari irama politik dan menuju kemusnahan.

Kita lihat PBTM semasa diibaratkan
hidup segan dan mati tak mau!

Kredibiliti dan integriti pucuk pimpinan PBTM sentiasa dipersoalkan dan wakil-wakil negeri pula asyik sibuk bermain politik UMNO sehingga peranan mereka dalam PBTM tidak lagi menjadi matalamat utama.

Pernah satu ketika dua orang bekas PAT dilantik menduduki Jawatan Kuasa Kerja Tertinggi PBTM tetapi kedua-dua telah menarik diri.
Ketika ini seorang bekas PAT dan seorang bekas Ketua Staf ATM bersabar mmemegang jawatan Ahli Dilantik dan seorang bekas Brig Jen
memegang jawatan Setia Usaha Agong.
Dari apa yang saya ketahui mereka berusaha membawa tunjuk ajar dan kematangan kepada persatuan tetapi tidak sampai kemana. Semua merasa jemu dan telah "letih" dengan kerenah-kerenah pemimpin-pemimpin PBTM dan masa sahaja akan menjadi penetuan bagi mereka juga akan menarik diri!

Banyak krisis dalaman telah dan sedang berlaku. Seperti telah dinyatakan oleh WaliMuar, PBTM Wilayah telah digantung keahliannya
dan ketuanya, seorang bekas Brig Jen dari Kor Risik dan AJKnya juga turut digantung. Ini satu lagi keadaan yang memalukan dimana seorang bekas pegawai tinggi ATM terlibat dengan salah guna kuasa menyebabkan banyak wang persatuan telah lesap dan beliau bertindak balas menentang persatuan sehingga menjadi kes mahkamah.

Saya membuat analisa keatas banyak
kes-kes PBTM dan pada umumnya ia berpunca kerana kelemahan pucuk
pimpinan dan kepentingan peribadi
pemimpin-pemimpin PBTM disemua peringkat.

PBTM tidak dapat menjaga dirinya
sendiri, bagaimana pula persatuan
ini dapat menjaga kebajikan ahli- ahlinya?
Harapan saya agar satu reformasi perlu berlaku dimana PBTM akan menjadi "Kelab Pesara ATM" demi menjaga dan memupuk espirit-de-corp dikalangan pesara ATM dan tugas kebajikan diserahkan kepada JHEV.


JHEV pula ditubuhkan sebagai satu
departmen dibawah Kementerian Pertahanan dengan KPnya seorang Mej Jen. Tugas dan Peranan JHEV jelas. Jika seorang pesara lewat atau gagal menerima pencen JHEVlah
organisasi yang bertanggungjawab.
Jika seorang pesara tentera sakit
dan tidak menerima sebarang layanan
JHEV jugalah yang bertanggungjawab!

Pada hemat saya JHEV harus sedia ada data base lengkap untuk semua pesara ATM dan setiap pegawai JHEV di negeri-negeri pula mempunyai maklumat tepat tentang semua pesara ATM dalam negeri masing-masing.
Pesara-pesara ATM perlu mengetahui saluran dan dimana tempat mengadu jika ada sebarang masalah.

Keutamaan JHEV BUKAN berusaha untuk menentukan pesara-pesara ATM tidak memihak kepada parti pembangkang!
Jangan sekali-kali aktibiti JHEV ada berbau politik dengan menyokong pemimpin politik
dalam usaha mereka menarik sokongan kepada parti yang memerintah. Jika ini berlaku, maka hilanglah kehormatan dan kepercayaan terhadap JHEV.

Maaf dan salam.
Tamingsari

0 comments:

Post a Comment