Pages

Saturday, July 4, 2009

Pemuda Umno Melaka : Otak Cap Ayam

Buat pertama kalinya, pakar sejarah berkampung di Melaka semalam kerana terdapatnya ura-ura pendekar terkenal negeri itu, Hang Tuah dan Hang Jebat muncul setelah sekian lamanya hilang tanpa kabar berita. Menurut maklumat, kemunculan perdana kedua² pendekar itu berjaya dikesan di tapak pasar malam Taman Melaka Baru semalam walaupun tanpa bantuan The Seeker’s, kumpulan penangkap hantu terkenal di Malaysia. Menurut pemberi maklumat lagi, Tuah telah berjaya menambah anggotanya kepada 40 orang yang sebelum ini hanya berempat setelah ditolak penderhaka Jebat.






Ini merupakan satu kejayaan buat Tuah kerana berjaya menambah keahliannya sebanyak 100%. Tidak diketahui samada Sarip Dol, samseng Kg. Dusun juga turut menyertai geng Tuah. Apa yang nyata, Jebat juga tidak kurang hebatnya kali ini apabila berjaya membawa masuk geng Laksamana Cheng Ho ke dalam teamnya. Rekod juga turut tercatat semalam apabila pertempuran kali ini melibatkan berkumpulan bukannya perseorangan seperti dizaman kesultanan Melayu Melaka dahulu. Dari maklumat tambahan yang aku dapat, geng Jebat sekali lagi tumpas kepada geng Tuah. Namun kali ini bukan kerna muslihat keris Taming Sari, tetapi hasil kerjasama polisi yang hanya melihat kerja jahat geng Tuah itu.

Antara kata-kata BODOH geng TUAH dalam pertempuran semalam yang berjaya dipetik oleh saksi ialah :

“Mereka bukan ahli Suruhanjaya pilihanraya (SPR) untuk melancarkan kempen tersebut. Saya juga dimaklumkan mereka tidak mendapat kebenaran dari pengerusi jawatankuasa taman dan persatuan penjaja.

“(Lagipun,) Pemuda Umno memberitahu mereka, kawasan ini untuk pasar malam dan bukannya untuk melancarkan kempen menambahkan keahlian parti.”

dan menambah lagi..

“Saya beritahu pemimpin DAP, ini kawasan pasar malam mengapa buat ceramah politik dan berkempen menambah ahli menggunakan logo suruhanjaya pilihanraya (SPR),” kata Jailani ketika dihubungi Malaysiakini.

Berita selanjutnya di sini.

i

Ulasan tambahan :

Nampaknya pemuda parti TUAH (dibaca UMno) ni kompom memang BODOH. Bukankah SPR telah melantik Penolong Pendaftar Sementara (PPS) dari kalangan parti² politik bagi menjalankan tugas mendaftar seramai mungkin pendaftar yang layak menjadi pengundi? Katalah memang keje PPS parti TUAH dilakukan oleh pihak SPR sendiri, tapi cubalah tutup sket lobang keBODOHan hangpa tu. Jangan kasi orang tau hangpa memang BODOH. Kerja mudah camni pun x tau nak buat. Dah la x tau nak buat, wujudnye PPS nih pun x tau. Bangang tahap keldai betui la PEMUDA parti TUAH ni. Patutla baru ada calon bijak sket kat Manek Urai tu dah riuh sekampung. Keh keh keh.

Lagi satu kalau bukan tempat tumpuan ramai cam kat pasar malam dijadikan tempat untuk mendaftar pengundi baru ni, hang nak suh carik tempat mana lagi? Kat dalam reban ayam? Kandang lembu ataupun di Zoo Melaka? Yang nak daftar ni orang, bukan LEMBU mcm hang tu mangkuk. Kah kah kah, kan dah banyak ‘HANG’ lagik yang kuar.

Disebabkan itulah, maka Pemuda BODOH UMno ini terpaksa mengambil tindakan segera kerana jika tidak, besar kemungkinan negeri pemuda Tuah itu bakal terlepas ke tangan pembangkang.

i

p/s – Kalau mcm ni la level otak Pemuda parti Tuah ni, aku cadang kat Ust Din Tantawi kalau x batalkan pun, tangguhkanla dulu rancangan nak berwacana ilmiah ngan depa nih. Karut jek. Otak cap ayam.


http://shamsuleffendey.wordpress.com/2009/07/04/tuah-pulak-mengamuk/

Polis jahat, polis baik

Dalam artikel Malaysia Today 2/7/09 bertajuk "Director of the CCD who investigated these cases was severely dealt with," Raja Petra Kamarudin mendakwa:

'Jenayah' yang dilakukan oleh Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Ramli Yusof ialah kerana beliau menahan kepala-kepala kongsi gelap yang mempunyai hubungan dengan polis di samping membuka fail serta melancarkan siasatan ke atas perbuatan rasuah, salah guna kuasa, kepentingan bercanggah dan salah urus MAS ketika pihak atasan mengingatkan beliau supaya jangan melakukan perkara itu.

Kenapa pihak atasan mahu menutup sindiket jenayah Cina dan penyiasatan ke atas MAS dan meletakkan kes-kes itu dalam kategori NFA (tiada tindakan selanjutnya)?
Dan, jangan tak baca kenyataan Lim Kit Siang bertajuk "100 reasons why Malaysia needs a new Inspector-General of Police".

Semalam, saya disoal siasat oleh pegawai polis dari JSJK yang menyatakan dia buat kerja kerana menjalankan tugasnya (maksudnya supaya beliau dapat gaji yang halal dan bukan makan gaji buta). Yang lain-lain, kata dia, itu urusan "Yang di atas nu" (Allah).

Kalau dia betul-betul buat semua kerja yang dia patut buat dengan ikhlas (istilah dia juga) supaya dia dapat gaji yang halal dan bukan makan gaji buta, apa jaminan dia tak akan menerima nasib seperti Ramli yang juga bekas bos dia?

Semua orang nak mempercayai polis. Masalahnya, sampai bila polis jahat dibiarkan tanpa diambil tindakan? Polis baik saya tak usik.


http://penarikbeca.blogspot.com/2009/07/polis-jahat-polis-baik.html

Friday, July 3, 2009

Najib perlu buktikan Umno tidak tolak Islam

SEKALI lagi para pemimpin Barisan Nasional, khususnya Umno, menzahirkan percanggahan pandangan antara mereka berhubung sesuatu isu diperkatakan. Akibatnya, rakyat awam kebingungan mana satu yang harus diterima sebagai pendirian rasmi atau sikap parti pemerintah itu.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, pada Sabtu (27 Jun) mendesak Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abduk Aziz Nik Mat meminta maaf kepada Umno kerana menyifatkan parti itu sebagai parti ajaran sesat seperti Ayah Pin dan sama dengan pengganas komunis.

Seraya menyifatkan kenyataan itu tidak wajar dan keterlaluan, Ahmad turut meminta Menteri Besar Kelantan itu bertanggungjawab dan menarik balik kenyataan yang dibuat itu.

Jadi penoreh getah

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, yang kini bertukar menjadi penoreh getah dan pemotong rumput di Manek Urai, mengulas kecaman Nik Abdul Aziz terhadap Umno yang disifatkannya sama seperti komunis dan ajaran sesat kerana menolak Islam.

Pesuruhjaya PAS Kelantan itu berkata demikian ketika berucap dalam satu majlis di Padang Awam Laloh, dalam kawasan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Manek Urai, 21 Jun lalu. Umno menggesa Nik Abdul Aziz memohon maaf kepada 1.3 juta ahli Umno di seluruh negara kerana menyamakan Umno dengan gelaran dan panggilan yang cukup menghiris hati orang Melayu, kata Ahmad.

Kenyataan itu bagaimana pun tidak dikongsi Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri sebaliknya menegaskan Nik Abdul Aziz tidak perlu memohon maaf kepada Umno, tetapi meminta ampun kepada Tuhan atas kenyataan mengumpamakan parti itu seperti komunis dan ajaran sesat.

"Walau pun ada kawan-kawan yang minta beliau (Nik Abdul Aziz) minta maaf kepada Umno tetapi bagi saya dia tidak payah minta maaf kepada Umno, dia kena minta ampun kepada Tuhan," kata Muhyiddin, pada hari sama.

Percanggahan ketara

Tidak dapat dipastikan kenyataan mana yang dibuat lebih awal antara dua pemimpin Umno tadi. Namun percanggahan antara mereka amat ketara.

Tidak kisahlah mereka mahu bercanggah. Itu bukan perkara pokok yang mahu dibicarakan di sini. Lagi pun, bila masa para pemimpin Umno tidak bercanggah sesama mereka? Bukankah parti itu memang terkenal dengan pertelagahan dan perbalahan?

Apalah sangat kes kenyataan bercanggah antara Timbalan Presiden dengan Ketua Penerangan Umno itu. Sekadar bertentangan kenyataan sangat kecil jika nak dibandingkan dengan aksi tumbuk-menumbuk, membaling kerusi dan tembakan pistol di mesyuarat agung parti itu.

Apa yang lebih besar dari percanggahan antara mereka, dan kemudiannya lebih menarik perhatian umum, ialah gesaan Muhyiddin agar Nik Abdul Aziz memohon ampun kepada Tuhan. Beliau menyifatkan apa yang ditegaskan pemimpin PAS itu satu tuduhan yang tertakluk kepada dosa.

Nik Abdul Aziz dalam reaksinya menganggap apa yang diperkatakannya terhadap Umno itu satu kiasan.

Kiasan

"Boleh jadi kerana saya kata nasionalis dan komunis itu serupa dan serupa tu dari segi mana? Bila kata Mamat serupa dengan harimau, Mamat kena ada ekor, kuku dan berkaki empat ke? Sebenarnya itu adalah kiasan," ulas beliau.

Baginya, semua fahaman yang menolak Islam adalah ajaran sesat. Ia bukan hanya wujud zaman sekarang, malah sejak zaman Rasulullah s.a.w.

Katanya lagi, apabila Umno menolak Islam dan mengamalkan fahaman nasionalisme, ke mana arah tuju sebenar mereka?

Sebagai mencari kejernihan dan jawaban lebih telus serta terbuka terhadap persoalan itu, Nik Abdul Aziz mengumumkan kesediaannya untuk mengadakan debat terbuka antara beliau dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

"Saya nak minta beliau (Najib) berdebat dengan saya bulat-bulat secara terbuka. Tidak secara sulit kerana perkara ini (kemelut politik antara PAS dan Umno) telah terbuka kepada umum, tak habis-habis sejak tahun 1951 (penubuhan PAS)," ujarnya, dalam kenyataan disiarkan kebanyakan akhbar, Ahad (28 Jun).

Menurut Nik Abdul Aziz, pendekatan berdebat adalah salah satu cara penyelesaian dianjurkan Islam.

Tiga penyelesaian

"Dalam Islam ada tiga cara (selesaikan pertikaian). Pertama dengan bijaksana; kedua, nasihat dan ketiga adalah berdebat," katanya lagi.

Beliau turut menekankan persoalan atau kekusutan utama yang mahu dileraikannya dari debat tersebut. Ia berkisar dan berhubungkait dengan apa yang diucapkannya di Laloh tempohari.

"Saya cuma nak tahu kepana Umno tolak Islam. Kenapa Umno lawan PAS sedangkan PAS guna (jadikan) Islam (asas perjuangan)," terang Nik Abdul Aziz.

Tidak syak lagi, penjelasan dan jawaban dari pemimpin utama Umno amat penting bagi menentukan letak duduk sebenar parti itu dengan ajaran Islam.

Apakah Umno ada kekuatan hujah dan dalil untuk membuktikan ia sebuah parti yang tidak menolak Islam sebagai dasar perjuangan? Apakah parti itu fikir rakyat buta dan pekak sehingga tidak dapat menyenaraikan kejahatan dan pencabulannya terhadap agama sendiri?

Sebaliknya, jika terbukti Umno memang menolak Islam, maka apakah satu kesalahan bagi Nik Abdul Aziz menyamakannya dengan ajaran sesat dan komunis? Dalam keadaan itu, apa perlu lagi baginya memohon maaf kepada Umno atau meminta ampun kepada Tuhan? Bahkan, parti itulah yang lebih wajar meminta ampun dan bertaubat.

Kini, beban membuktikan Umno tidak menolak Islam terpikul ke bahu pemimpin parti itu, terutama Najib. Mereka perlu berani buktikan bahawa kiasan Nik Abdul Aziz itu hanyalah fitnah dan tuduhan

Biasiswa Nasional tidak ikut prinsip keadilan - Presiden PAS

PAS berpendapat Biasiswa Nasional di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang bakal diperkenalkan tahun hadapan tidak mengikut prinsip kedialan yang menyeluruh.

Ini kerana, sebagaimana yang diumumkan oleh media arus perdana, pemberiannya adalah berdasarkan kepada sistem meritokrasi sepenuhnya.

Demikian kata Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

"Penggunaan sistem meritokrasi sepenuhnya memberi makna bahawa kaedah untuk menentukan penerima biasiswa ini adalah keseluruhannya ditentukan oleh kecemerlangan akademik semata-mata.

"Sekiranya keadaan ini berlaku, maka Parti Islam SeMalaysia (PAS) berpendapat bahawa kaedah pemberian biasiswa ini adalah tidak berasaskan kepada prinsip keadilan yang menyeluruh," katanya.

Akibatnya kata Ustaz Hadi dasar yang pincang ini akan mewujudkan jurang yang semakin melebar dalam struktur masyarakat di Malaysia.

PAS berpendapat bahawa faktor-faktor lain yang lebih menyeluruh seperti pertimbangan latar belakang sosio-ekonomi keluarga, kedudukan geografi sekolah samada dalam atau luar bandar.

Ini termasuklah infrastruktur dan kemudahan pembelajaran di sekolah, jumlah guru yang tidak seimbang dan sebagainya perlulah diambil kira, katanya.

PAS katanya percaya bahawa pelaksanakan meritokrasi sepenuhnya dalam suasana pembelajaran pelajar yang berbeza dan serba kekurangan ini akan menyebabkan persaingan yang tidak adil, di mana tekanan akan menjadi lebih tinggi kepada kalangan pelajar yang mempunyai kekangan sosio-ekonomi dan kemudahan pembelajaran.

"PAS senantiasa menegaskan bahawa pertimbangan untuk melaksanakan pembahagian yang lebih adil adalah perlu mengambilkira struktur masyarakat ini.

"Di samping pihak kerajaan menyediakan segala keperluan fizikal dan spiritual yang diperlukan oleh pelajar terlebih dahulu supaya suasana pembelajaran yang lebih baik dapat dialami oleh pelajar," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.