Pages

Thursday, November 13, 2008

Politik wang dalam UMNO.

Bila kita menyebut politik wang dalam parti UMNO seolah perbuatan itu tidak terlalu merbahaya dan tidak melibatkan keselamatan negara. Maka dengan itu pihak penguasa tidak perlu lah mengambil apa-apa tindakan kerana itu adalah masaalah dalaman parti.

Tidak kah mereka fahami walau apa pun panggilan yang diberi pada perbuatan itu, pada dasar nya adalah rasuah. Dimana satu pihak memberi dengan niat mendapat habuan nya dan satu pihak lagi menerima dengan janji akan melicinkan proses tersebut.

Dalam kontek ini, pihak yang memberi berharap agar pihak yang menerima akan memberi sokongan terhadap pencalonan nya.Bukan kah ini di panggil rasuah. Mengapa mereka-mereka didalam parti UMNO memanggil nya politik wang? Sebenar nya mereka malu pada diri mereka sendiri kerana mereka lah penyubur rasuah didalam negara ini. Dan mereka-mereka ini akan menjadi pemimpin negara yang konon nya mendapat sokongan rakyat.

Percayalah apabila di suatu hari nanti anak-anak muda kita terpaksa memohon kerja di syarika-syarikat yang dimiliki oleh orang Indonesia, Nepal, Bangladesh atau mana-mana warga asing yang pernah menjadi kuli disuatu ketika dulu.

Ini semua adalah perbuatan kamu wahai pihak penguasa yang telah diberikan amanah untuk menjaga rakyat negara ini. Dan ketahuilah wahai pihak penguasa andainya kamu terlupa...Rasuah akan memporak-perandakan negara yang tercinta ini.

Aku benci Umno

0 comments:

Post a Comment