Pages

Tuesday, August 27, 2013

Jeneral Muslim yang disegani

Omar Bai Chongxi atau Jeneral Bai Chongxi dilahirkan pada 18 Mac 1893. Beliau adalah seorang pegawai Tentera Revolusi Nasional Republik China (ROC) dan pemimpin tertinggi di dalam perjuangan Nasionalis Islam Cina. Beliau adalah Menteri Pertahanan Nasional Republik China 1946-1948.

Jeneral Bai Chongxi@Omar Baderludin

Jeneral Bai dilahirkan di Guilin, Guangxi dan diberi nama Jiansheng atau bermaksud Ehsan (健 生).  Beliau adalah dari etnik Hui dan beragama Islam membawa mazhad Sunnah Wal Jammaah.. Beliau merupakan anak yang kedua dari tiga beradik lelaki. Keluarga beliau dikatakan telah datang dari Sichuan.

Jeneral Bai ketika memberi ucapan kepada jemaah didalam masjid.

Sebagai seorang Muslim, beliau adalah Pengerusi Cina Islam di dalam Persekutuan Keselamatan Negara, dan kemudiannya menjadi Persatuan Cina Muslim. Beliau juga merupakan ahli lembaga Persatuan Antara-Agama seluruh China yang mewakili agama Islam.

Jeneral Bai dan Li Zongren pada tahun 1948.

Dari pertengahan tahun 1920-an hingga 1949, Jeneral Bai dan sekutunya Li Zongren telah memerintah wilayah Guangxi sebagai panglima perang serantau dengan pasukan mereka sendiri dan autonomi politik yang besar.

Jeneral Bai menjadikan wilayah Guangxi sebagai sebuah negara republik Islam. Beliau menentang sekerasnya-kerasnya segala perbuatan syirik dan tahyul  didalam wilayah Guangxi dan menaungi penerbitan Yuehua Islam di Guilin yang mencetak petikan dari Al-Quran dan Hadis sebagai maklumat untuk rakyat.

Jeneral Bai ketika perang Sino-Jepun II di Hankou, China pada tahun 1938.

Jeneral Bai menyemai semangat anti-warga asing, anti-penjajah dan menegakkan peraturan Islam didalam wilayah Guangxi. Tentera-tentera beliau  yang terdiri dari umat Islam China akan menyerang pendakwah-pendakwah Kristian yang dipercayai menjadi agen penjajah.  Setiap warga asing yang derada didalam wilayah Guangxi akan diserang termasuk warga Amerika dan Eropah. Pada amnya beliau menjadikan wilayah Guangxi menjadi tidak selamat untuk sebarang warga asing.

Pengisytiharan Jihad.

Pada tahun 1937, beliau mengisytiharkan jihad menjadi kewajipan untuk semua umat Islam China menentang Jepun semasa Perang Sino-Jepun II.


Selepas tewas kepada pihak Komunis, pada tahun 1951, Jeneral Bai membuat ucapan kepada seluruh dunia Islam memanggil umat Islam berjihad terhadap Kesatuan Soviet, dengan mendakwa bahawa "raksasa imperialis" pemimpin Joseph Stalin adalah "jurutera" kepada Perang Dunia III, dan Bai juga menyeru umat Islam untuk meminggirkan pemimpin India Jawaharlal Nehru kerana menjadi buta kepada gerakan  imperialisme Soviet yang semakin berkembang.

Beliau meninggal dunia di Taiwan pada 1 Disember 1966 pada umur 73 tahun. Beliau dikebumikan di tanah perkuburan Liuzhangli, Taipei.

Reputasi Jeneral Bai sebagai pakar strategi tentera amat terkenal dan dikagumi sehingga beliau dilaberkan oleh pakar-pakar peperangan sebagai salah satu daripada komander yang paling bijak dan cekap. Diantara kata-kata yang membuktikan ketokohan Jeneral Bai sebagai pemimpin perang Islam yang hebat.

All sources indicate that Bai was an impressive physical presence. “Tall, well-built, with a high intellectual forehead,” was the way a British intelligence report described him. “A thinker and planner in the realms of both politics and strategy. A strict disciplinarian. Possessed of both physical and mental energy of a high order. A sense of humour.” Bai was widely respected for his skills as a commander. 
Even the American General Joseph Stilwell – “Vinegar Joe”– was impressed. His finest hour might have come in 1938, when he was instrumental in inflicting a resounding defeat on the Japanese at the city of Taierzhuang. In addition to its military value, the battle was also of psychological significance, as it showed that the Japanese Army was not invincible.
Bai's reputation as a military strategist was well known. Evans Carlson, a United States Marine Corps colonel, noted that Bai "was considered by many to be the keenest of Chinese military men." Edgar Snow went even further, calling him "one of the most intelligent and efficient commanders boasted by any army in the world."


Pada bulan Mac 2013 Datuk Bandar Taipei Hau Lung-Pin telah mengumumkan makam Jeneral Bai akan menjadi asas bagi kawasan budaya Islam dan taman bersejarah Taiwan.

Monday, August 26, 2013

Altantuya; Begini ceritanya..

Kisah pembunuhan wanita Mongolia di Puncak Alam yang tersebar di internet ini belum pasti kebenarannya. Hanya Allah Taala dan mereka yang terlibat sahaja mengetahui segala kebenaran.

Masih banyak kepincangan yang jelas dalam kes pembunuhan ini selama dibicarakan di mahkamah. Watak-watak utama yang merancang pembunuhan ini bukan sahaja tidak dipanggil memberi keterangan di mahkamah malah cuba dilindungi oleh mahkamah itu sendiri...lu pikir la sendiri!

Sipembunuh ini menceritakan bagaimana beliau mula terlibat dan akhirnya membunuh wanita itu selepas dijanjikan sejumlah wang sebagai upah...

Upah pembunuhan hanya RM430.00 + RM30.00 (duit minyak kereta)



Sipembunuh akhirnya dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah undang-undang ciptaan manusia dari hukuman mati.

Begini ceritanya...




BILA SYAITAN BERBICARA

BARU SETAHUN DR. MURSI AL-HAFIZ MENTADBIR MESIR, UTUSAN LIDAH UMNO TELAH MENGATAKAN KUNUNNYER DR. MURSI GAGAL MEMULIHKAN EKONOMI.

EKONOMI MESIR BERADA DI AMBANG KERUNTUHAN KETIKA DR. MURSI MENGAMBIL ALIH PENTADBIRAN DARI HOSNI MUBARAK.

BERBAGAI-BAGAI LANGKAH PEMULIHAN YANG DILAKUKAN OLEH PENTADBIR UNTUK MENSTABILKAN EKONOMI.  NAMUN, BELUM SEMPAT RAKYAT MESIR MERASA HASILNYA, TENTERA DATANG MERAMPAS KUASA...ADILKAH??

PEMBODOHAN LIDAH SYAITAN INI HANYA UNTUK PENGUNDI-PENGUNDI SALURAN 1 YANG SEMAKIN PUPUS..





YA, ALLAH!  
HAMBA MU YANG LEMAH INI MEMOHON KEHADRAT MU AGAR DITURUNKAN BALA KE ATAS PIHAK YANG BERTANGGUNG JAWAB DIATAS FITNAH INI..

SESUNGGUHNYA HANYA KEPADAMU AKU MEMOHON PERTOLONGAN DAN KEPADAMU JUA AKU MEMOHON PERLINDUNGAN..
AMEEENNN YA RABB.



Sunday, August 25, 2013

"GAME" MELAYU ZIONIS

MANA MUNGKIN SATU KEBETULAN??

PERMAINAN APAKAH INI??





PETIKAN DARI TULISAN TT..

"Saya timbulkan persoalan Zionis, Yahudi dan Israel ini kerana saya ingin memberi kefahaman tentang gerakan Zionis Antarabangsa.
Zionis bukan hanya ditemui di Israel. Zionis bukan hanya Yahudi atau berkulit putih sahaja. Zionis bukan hanya berada di Tel Aviv. Zionis berada di Washington DC, di London, di Paris malah ada Zionis Melayu sedang bersarang di Putrajaya.

Cuba berfikir sajenak. Fikirkan bagaimana jarum Zionis dapat masuk mencucuk ke badan politik Melayu Islam. Jarum Zionis terbukti sedang mengasak dan mengancam politik Melayu. Semua dilakukan dengan begitu halus sekali. Malah ada pembaca yang mengatakan saya ini keterlaluan sedang dipengaruhi oleh teori konspirasi.

Ini bukan teori konspirasi. Apa yang saya tulis adalah fakta sejarah. Apa yang saya paparkan adalah bukti-bukti sahih tentang bagaimana jarum Zionis antarabangsa dapat bergerak dalam badan politik Melayu Islam secara licik dan tersusun.

Kita semua telah diberitahu bagaimana APCO telah dapat menyusup masuk ke pintu kuasa di Putrajaya apabila gerombolan yang dikaitkan dengan Zionis ini dilanggan oleh Najib Razak. Kita juga diberitahu bagaimana satu lagi gerombolan dikaitkan dengan Zionis telah didakwa menyusup masuk melalui sebuah syarikat yang berpangkalan di Singapura. Gerombolan ini dikatakan telah dilanggan untuk memasang peralatan komputer untuk polis Malaysia. Ini bukan teori.

Melalui akhbar Asian Wall Street Journal (AWSJ) - media milik dan penyokong Zionis - kita lihat bagaimana badan politik Melayu telah diporak perandakan. Laporan dari akhbar pro-Zionis ini telah melahirkan kekecohan malah boleh memudaratkan persefahaman dalam Pakatan Rakyat.

Parti PAS melalui Nik Aziz Nik Mat menyatakan bahawa kenyataan Anwar Ibrahim dalam AWSJ mengenai Isreal tidak boleh diterima. Mengikut PAS, Israel wajib terus ditentang. Inilah bukti bagaimana kaum Zionis dapat bergerak dengan licik. Pandangan yang berbeza - sengaja diwujudkan - tentang Israel ini memungkinkan PKR dan PAS terus bertelagah. Jika tidak berwaspada mungkin membawa perpecahan.

Sebenarnya isu Palestin ini bukan isu politik asas - bukan isu induk - di Malaysia. Isu induk dan agenda utama di Malaysia ialah untuk menghumbankan gerombolan United Malays National Organisation dari terus berkuasa.

Tetapi dengan bijak kaum Zionis melalui kuncu-kuncunya telah menjadikan isu negara Isreal sebagai satu perdebatan berminggu-minggu dalam negara kita. Media kita secara tidak sedar telah diperalatkan oleh kaum Zionis. Kalau di TV isu ‘sokongan Anwar terhadap Israel' ini berhari-hari menjadi induk berita. Akbar cetak juga tidak mahu kalah - terus melaporkan berhari-hari tentang ‘sokongan Anwar terhadap Israel' di muka depan mereka.

Teladan dari Front Sosialis

Lihatlah hampir satu bulan kaum Zionis antarabangsa telah berjaya menjadikan agenda mereka sebagai perdebatan kita. Kita berdebat dan bermasam muka tentang Israel walhal negara Israel ini jauh sekali dari wilayah kita. Jika kita bergaduh dan Pakatan pecah kerana perbezaan pandangan tentang Israel, maka inilah buktinya kaum Zionis telah berjaya masuk jarum.

Lihat bagaimana kaum Zionis bergerak untuk mempertahankan Israel. Tidak ada media media Melayu dalam negara ini berani menimbulkan agenda senjata nuklear Israel. Tidak ada suara politikus Islam yang berani bersuara. Semua takut dengan kuasa Zionis.

Apakah yang saya tulis ini bohong? Kalau saya berbohong sila tanya: Kenapa TV atau media kita tidak membuat berita dan penyelidikan tentang bom nuklear Israel? Tetapi heboh tak tentu pasal tentang Israel.

Untuk menjawab soalan ini biar saya bawa ke satu kisah yang agak lama dahulu. Pada satu ketika dahulu Parti Rakyat dan Parti Buruh telah bergabung untuk menjadi Front Sosialis. Ketika ini Front Sosialis adalah satu-satunya gerakan penentang gerombolan United Malays National Organisation yang ampuh di dalam dan di luar Parlimen.

Kemudian, SB telah memasukkan jarum untuk mencucuk pemimpin dan ahli kedua parti ini untuk berdebat. Agenda debat ialah tentang bahasa. Parti Rakyat mahu Bahasa Melayu dinobat sebagai bahasa kebangsaan. Manakala Parti Buruh mahu Bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan atau lingua franca.

Berbulan-bulan dua gerakan kiri ini berbincang dan bermasam muka membincangkan satu perkara yang tidak fundamental. Mereka terlalai dan terlupa bahawa menjatuhkan kerajaan Tunku Abdul Rahman ialah agenda utama. Bahasa hanyalah agenda sampingan. Akhirnya Front Sosialis retak dan pecah. Perikatan kaum kiri pecah.

Kesah Parti Rakyat dan Parti Buruh ini wajib dijadikan teladan untuk kita semua. Ilmu pengetahuan ialah pengumpulan pengalaman. Debat bahasa - racun SB - yang telah terjadi kepada Front Sosialis adalah sama dengan debat Isreal - racun Zionis - dari AWSJ. Dua-dua debat ini bukan agenda utama untuk menghumbankan gerombolan United Malays National Organisation.

Justeru orang yang berilmu ialah mereka yang belajar dari pengalaman. Orang yang bodoh dan bebal ialah mereka yang mengulang kesilapan".

Artikel Asal: MKini

Friday, August 23, 2013

Malaysia; Satu Evolusi

Bangsa Melayu tidak mengamal corak revolusi dalan mengubah pemimpin.
Bangsa Melayu berevolusi selama beratus-ratus tahun.


1826 - Melaka, Pulau Pinang dan Singapura bergabung untuk membentuk tanah jajahan Negeri-Negeri Selat, dimana British berjaya meluaskan pengaruh mereka dengan mewujudkan naungan sejak kesultanan Melayu Semenanjung.

1895 - Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan bergabung untuk membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Johor, Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu telah digabungkan menjadi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersukutu. Pihak British kemudiannya memaksa negeri-negeri Melayu berkenaan menandatangani perjanjian seperti perjanjian dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Bahasa rasmi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu ialah Bahasa Melayu dengan Tulisan Jawi sebagai tulisan rasmi. Kumpulan ini tidak menggambarkan negeri-negeri berikut sebagai satu entiti tetapi hanyalah sebagai satu terma untuk menerangkan tentang negeri-negeri Melayu berkenaan. Johor menandatangani Perjanjian perlindungan pada tahun 1885 dan akhirnya tunduk kepada tekanan untuk menerima Penasihat British pada tahun 1904. Dibawah Perjanjian Bangkok 1909, Siam (kini Thailand) memindahkan hak-hak mereka terhadap Kelantan, Terengganu, Kedah, dan Perlis kepada pihak British. 


1942-1945 - Pendudukan Jepun.

1948 - Negeri-negeri Tanah Melayu yang diperintah oleh British telah disatukan di bawah Persekutuan Tanah Melayu.

1948-1960 - Darurat dalam menangani pemberontakan komunis tempatan.
Pada tahun 1950, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu menolak pendaftaran Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sebagai sebuah parti politik yang sah. PKMM mempunyai dua sayap iaitu Angkatan Pemuda Insaf dan Angkatan Wanita Sedar. Asalnya, PKMM tidak cenderung kepada komunisme. Setelah Mokhtaruddin Lasso dilantik sebagai presiden PKMM yang pertama pada bulan Oktober 1946, parti ini telah dipengaruhi oleh komunis. Kesatuan Melayu Muda (KMM) bergabung dengan PKMM, dan Dr. Burhanuddin Helmi telah menjadi presiden PKMM yang kedua. Dr. Burhanuddin membawa PKMM ke arah pembentukan Melayu Raya iaitu gabungan Indonesia dan Tanah Melayu. Pada Disember 1947, Ishak Haji Mohamed telah menjadi presiden PKMM yang ketiga dan PKMM beralih [perlu rujukan] daripada konsep komunisme kepada nasionalistik. PKMM adalah anti-UMNO dan anti penjajah. PKKM juga telah menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat atau singkatannya ditulis sebagai PUTERA, iaitu gabungan parti-parti politik radikal Melayu dan kemudian bergabung pula dengan All-Malaya Council of Joint Action atau AMCJA yang menentang habis-habisan mengenai Perjanjian Persekutuan 1948 bagi menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu. PKMM telah menuduh pegawai-pegawai yang dilantik dalam Persekutuan Tanah Melayu sebagai 'boneka', yang menari mengikut rentak 'Pejabat Jajahan'. Bagi PKMM, tiada unsur untuk "menyediakan Tanah Melayu sebagai kerajaan yang demokratik"
1963 - Negara-negara jajahan British di Sabah, Sarawak dan Singapura menyertai Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk Persekutuan Malaysia.

1965 - Singapura menarik diri daripada Malaysia, kurangkan kepada 13 negeri; pemberontakan komunis di Sarawak bermula.

1969 - Peristiwa rusuhan anti-Cina dalam konteks peningkatan kekecewaan terhadap kejayaan ekonomi kaum Cina.

1970 - Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri berikutan peletakan jawatan Abdul Rahman; membentuk Barisan Nasional (BN).

Diskriminasi positif bagi orang Melayu

1971 - Kerajaan memperkenalkan kuota minimum untuk orang Melayu dalam perniagaan, pendidikan dan perkhidmatan awam.

1977 - Menteri Besar Kelantan dibuang daripada Parti Pan-Islam Malaysia (PAS), kekacauan mencetuskan, keadaan kecemasan kebangsaan dan pengusiran PAS dari BN.

1978-1989 - Pelarian Vietnam mendapat manfaat daripada perlindungan terhad.

1981 - Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

1989 - PKM menandatangani perjanjian damai dengan kerajaan.

1990 - PKM Sarawak menandatangani perjanjian damai dengan kerajaan.

1993 - Sultan kehilangan imuniti undang-undang.

Krisis kewangan

1997 - Krisis kewangan asia mengakhiri pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan.

1998 - Perdana Menteri Mahathir Mohamad memfitnah timbalannya Anwar Ibrahim atas tuduhan salah laku seksual, akibat dari perbezaan pendapat atas dasar ekonomi; Anwar Ibrahim ditangkap.

1999 - Anwar Ibrahim didapati bersalah atas salahguna kuasa dan dihukum enam tahun penjara.

2000 - Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman sembilan tahun penjara selepas didapati bersalah atas tuduhan liwat.

2001 - Puluhan ditangkap semasa pertempuran etnik terburuk dalam beberapa dekad antara orang Melayu dan kaum India. Demonstrasi terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri berikutan penahanan tanpa perbicaraan penyokong Anwar Ibrahim. Malaysia, Singapura menyelesaikan pertikaian lama, bersetuju untuk membina sebuah jambatan baru dan terowong.

Pengunduran Mahathir

Ogos 2002 - Undang-undang baru yang lebih ketat terhadap pendatang haram berkuat kuasa, menyediakan hukuman sebat dan penjara untuk pesalah. Undang-undang penghijrahan pekerja asing.

Januari 2003 - Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih jawatan Perdana Menteri Mahathir Mohamad berundur selepas 22 tahun berkhidmat.

2004 - Barisan Nasional memenangi pilihan raya umum. Anwar Ibrahim dibebaskan selepas mahkamah overturns sabitan liwatnya. Puluhan rakyat Malaysia mati dalam bencana tsunami Asia. Malaysia menangguhkan rancangan penghantaran pulang beribu-ribu pendatang haram, kebanyakan mereka dari Indonesia.

2005 - Malaysia, Singapura menyelesaikan pertikaian di atas kerja penambakan tanah di perairan sempadan. Pendatang tanpa izin diberi pengampunan empat bulan untuk pulang ke negara masing-masing.

2006 - Malaysia memberhentikan projek kontroversi jambatan ke Singapura. Johor, Pahang dan Melaka dilanda banjir besar.

2007 - Sekitar 70,000 dipindahkan sebagai gelombang kedua banjir melanda selatan negara. Malaysia, Indonesia dan Brunei menandatangani perjanjian untuk melindungi 200,000 kilometer persegi hutan hujan di pulau Borneo.

2008 - Barisan Nasional Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mengalami keputusan pilihan raya paling buruk dalam beberapa dekad, kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dan kawalan lima Dewan Undangan Negeri. Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim ditangkap atas tuduhan liwat, dalam satu langkah yang memburukkan lagi ketegangan politik.

Kemelesetan Ekonomi

2009 - Malaysia mengharamkan pengambilan pekerja asing untuk melindungi rakyat daripada pengangguran semasa kegawatan ekonomi. Perbicaraan kes liwat kedua Anwar Ibrahim bermula. Kerajaan memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi $ 16bn bertujuan untuk menangguhkan kemelesetan yang mendalam. Abdullah Badawi berundur sebagai Perdana Menteri dan digantikan oleh timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

2010 - Ketegangan Agama meningkat berikutan keputusan mahkamah membenarkan orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah untuk merujuk kepada Tuhan. Tiga wanita Melayu disebat untuk seks luar nikah dalam kes pertama hukuman Islam ini dikenakan kepada wanita di negara ini. Keputusan oleh negeri Melaka untuk membenarkan perkahwinan bawah umur menerima kritikan dari kumpulan-kumpulan wanita.

2011 - Polis menggunakan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan beribu-ribu orang mengambil bahagian dalam perhimpunan Kuala Lumpur menuntut pembaharuan pilihan raya.  Perdana Menteri mengumumkan mengumumkan jawatankuasa parlimen untuk mengkaji reformasi pilihan raya.

2012 Jan- Mahkamah Tinggi membebaskan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim liwat.

2012 Feb - Kira-kira 3,000 aktivis alam sekitar mengambil bahagian dalam bantahan terhadap pembinaan kilang nadir bumi di negeri Pahang.

2012 Jun - Sebuah mahkamah Malaysia meluluskan ekstradisi Iran Masoud Sedaghatzadeh ke Thailand atas dakwaan terlibat dalam plot bom mensasarkan pegawai Israel pada bulan Februari.

2013 Mac - Tentera Malaysia menyerang pemberontak Filipina di sekitar Lahad Datu dan membunuh 30 orang. Pemberontak Sulu menuntut sebahagian daripada negeri Sabah.

2013 Mei - Ketetapan Barisan Nasional mengekalkan kuasa dalam pilihan raya kebangsaan.

Sunday, August 18, 2013

Ekonomi Malaysia; Satu Pencerahan

Hari ini sana sini orang bercakap mengenai Model Ekonomi Baru. Sebenarnya kita masih ternanti-nanti apa yang 'baru'nya di dalam model ekonomi ini.


PENDAPATAN DAN KUASA MEMBELI

Masalah paling ketara di dalam model ekonomi sekarang ialah pendapatan yang rendah. Lebih teruk lagi, pendapatan kita tak banyak berubah semenjak 20 tahun yang lalu. Bayangkan dari zaman Dr Mahathir dulu hinggalah ke era Najib sekarang- starting gaji graduan masih dalam lingkungan RM1500-RM2000. Itupun ada yang lagi rendah.

Pada masa yang sama, rakyat di negara Singapura, Taiwan, Hong Kong dan Korea Selatan terus menikmati pendapatan yang tinggi. Malah antara yang tertinggi di dunia. Maunya rakyat Malaysia tak jeles dan bengkek. Sedangkan negara-negara ini dulu lebih kurang je taraf ekonominya dengan kita.

Maka ramailah orang yang terus membuat kesimpulan bahawa kita tidak pandai menguruskan ekonomi. Model ekonomi kita tidak bagus, teruk dan kurang berjaya. Kita sudah ketinggalan dengan negara-negara Asia yang lain.

Sebenarnya pandangan ini separuh benar.

Memang benar pendapatan kita lebih rendah jika dibandingkan dengan Singapura, Taiwan dan Hong Kong. Tetapi yang perlu dillihat bukan seberapa banyak ringgit, dolar atau won yang diperolehi. Sebaliknya apa yang penting ialah seberapa banyak yang boleh dibeli daripada jumlah ringgit, dolar atau won yang ada.

Dalam bahasa ekonomi kita panggil per capita income dan purchasing power parity. Bagaimanapun, ni istilah jargon. Ramai yang tak faham dan bikin pening sahaja. Jadi saya tak nak guna. Lagipun saya bukan nak karang buku teks ekonomi.

Dalam bahasa mudah begini- buat apa ada 10 ringgit dalam tangan tetapi nilainya hanya 5 ringgit. Nak makan McValue Meal pun tak lepas. Lebih baik ada 5 ringgit dalam dompet tetapi nilainya 10 ringgit. Siap boleh tambah Sundae Cokelat lagi lepas order set Fillet O Fish.


Ini secara simple saya cuba terangkan apa itu kuasa membeli. Walaupun tidak 100% tepat tetapi umumnya ia masih dapat difahami.

Jadi di mana kedudukan Malaysia dalam kuasa membeli?

Walaupun pendapatan rakyat Malaysia hanya yang ke 58 tertinggi di dunia, tetapi kuasa membeli kita adalah ke 28 terbaik. Berbanding Singapura dan Hong Kong yang pendapatan rakyatnya adalah ke 3 dan ke 5 tertinggi, tetapi kuasa membelinya hanya yang ke 47 dan 39 di dunia.

Sebab itu saya katakan pandangan tadi adalah separuh benar. Mereka yang sering membuat perbandingan pendapatan kita dengan Singapura, Taiwan dan Hong Kong hanya melihat angka yang dicetak di atas kertas ringgit, dolar dan won. Mereka gagal melihat atau memilih untuk tidak melihat kuantiti yang ada di luar angka tersebut.

KOS SARA HIDUP DAN SUBSIDI

Selain itu Malaysia bukannya tidak mahu meningkatkan pendapatan penduduk. Tetapi ia sengaja dibiarkan rendah dan sederhana. Caranya dengan merendahkan nilai ringgit berbanding mata wang lain dan juga memberikan subsidi kepada sumber tenaga, makanan, pendidikan dan perubatan. Ini sekaligus memastikan kos sara hidup kita rendah. Selama 25 tahun strategi kita begini.

Analoginya macam kos sara hidup di kampus dan di luar kampus. Kita semua tahu pelajar-pelajar universiti bukannya ada duit sangat. Duit PTPTN pun kadang-kadang cukup-cukup dan kadang-kadang tak pernah cukup. Tapi cuba kita kira harga makanan di kafe. Secara keseluruhannya lebih murah berbanding harga makanan di resoran luar. Kat kafe- nasi putih dengan ayam goreng taruk kuah adalah dalam RM3. Cuba kalau kat gerai di seberang pagar kampus, maggie goreng je dah RM3. Nasi dengan ayam goreng- lu kiralah sendiri.


Begitu juga kalau kita pergi ke klinik dalam kampus- hanya dikenakan bayaran RM1. Kalaulah pergi klinik luar- demam pun dah kena caj berbelas ringgit. Kalau bukan kerana subsidi, mustahil nak dapat makan murah serta caj klinik RM1.

Jadi Malaysia memilih menjadi seperti 'kampus universiti.' Biar pendapatan tak banyak, asalkan benda nak dibeli tak mahal. Biar pekerja dibayar sedikit, tetapi membayar perkhidmatan pada harga murah. Bayar RM900-RM1500 pun dah cukup selesa untuk hidup di bandar. Kereta pun boleh dibeli cash sahaja memandangkan harga sekitar RM10000-RM15000. (itu belum di kawasan luar bandar). Bayangkan betapa rendahnya kos sara hidup ketika itu.

PELABURAN ASING

Dengan merendahkan kos sara hidup, syarikat-syarikat yang masuk melabur tidak perlu membayar gaji yang terlalu tinggi kepada pekerja tempatan. Ini sekaligus megurangkan kos operasi lantas syarikat boleh membuat keuntungan yang tinggi. Perkara ini sudah tentu menjadi selling point Malaysia kepada syarikat-syarikat luar negara khususnya kepada syarikat elektrik dan elektronik yang banyak menggaji tenaga kerja manusia.

Maka tidak hairan Malaysia menjadi 'harimau Asia'. Pelaburan asing masuk seperti apa yang berlaku di China dan India sekarang. Dalam tempoh kurang dari 10 tahun, Malaysia menjadi pengeksport barangan elektronik terbesar di dunia. Dari jumlah hanya RM10 billion pada 1985 meningkat kepada RM324.1 billion di tahun 1994.

KESIMPULAN

Walaupun dengan tidak menjadi negara berpendapatan tinggi seperti Singapura dan Hong Kong, Malaysia masih mampu mempunyai kuasa membeli yang tinggi, memastikan kos sara hidup yang rendah dan menarik pelaburan asing masuk. Ini semua adalah kejayaan model ekonomi sekarang (atau lama?) yang bergantung kepada kos tenaga buruh/pekerja yang rendah.

Kalau begitu- mengapa mahukan model ekonomi baru? Jawapannya kerana apa yang menjadi punca kejayaan ekonomi semenjak 25 tahun dahulu, kini menjadi punca masalah ekonomi sekarang.

Kuasa membeli rakyat Malaysia semakin berkurang. Kos sara hidup semakin meningkat. Harga barang naik. Tapi gaji tak berubah.Nak tukar kerja- tak ada kerja sangat. Nak subsidi memerlukan jumlah wang yang banyak. Tetapi kantung kerajaan tidak bertambah. Pelaburan tak masuk. Malaysia semakin kurang kompetitif. China, India, Vietnam dan Indonesia lagi murah dari kita. Pusing punya pusing model ekonomi yang berasaskan bayaran murah sudah tidak sesuai di negara kita.

Walaupun selama dua dekad ekonomi kita berjaya kerana berasaskan kepada gaji tenaga pekerja yang murah dan kos sara hidup yang rendah, tetapi model ini perlu diubah. Kenapa perlu GTP?

PERSAINGAN DARI NEGARA YANG LAGI MURAH

Malaysia merupakan destinasi pelaburan utama di Asia bagi para pelabur sekitar tahun 1990-an. Hal ini kerana kos kita murah berbanding dengan negara-negara Asia yang lain. Tetapi seawal tahun 2000 muncul negara yang lebih murah seperti China, India, Vietnam dan Indonesia. Gaji tenaga pekerja di China sahaja serendah USD100 (RM350). Jadi bagaimana Malaysia hendak bersaing? Takkan nak rendahkan gaji yang sudah sedia rendah?

Senang cerita, tidak ada gunanya hendak bersaing dengan China, India dan Vietnam dari segi kos pekerja. Pelabur asing tetap memilih negara mereka. Ia ibarat bersaing dengan Manchester United untuk memenangi Premier League.

PENDAPATAN PEKERJA SEMAKIN RENDAH

Seterusnya apa yang berlaku ialah tenaga kerja asing mula dibawa masuk. Syarikat di Malaysia ingin merendahkan lagi kos perniagaan mereka. Mereka ingin sama kompetitf dengan syarikat yang melabur di China, India dan Vietnam. Ini sekaligus mengakibatkan 3 juata warga asing bekerja di negara kita.


Secara tidak langsung, obsesi terhadap tenaga buruh asing telah menyebabkan taraf pendapatan kesemua pekerja tidak meningkat. Lagi teruk, ia menjadi semakin rendah. Logiknya, kenapa perlu membayar gaji RM2500 untuk seorang jurutera Malaysia kalau dengan jumlah yang sama boleh mendapat 2 orang jurutera dari Indonesia? Oleh itu rakyat Malaysia menghadapi dilema sama ada tidak dapat pekerjaan atau dibayar dengan rendah seperti tenaga kerja asing.

KOS SARA HIDUP MENINGKAT

Selama berdekad lamanya, rakyat Malaysia membeli barang=barang harian di bawah harga yang sebenar. Ini kerana kerajaan mengsubsidi harga barangan tersebut. Perkara ini untuk memastikan kos sara hidup tidak tinggi. Selama berdekad lamanya strategi kita begini.

Tetapi di tahun 2007 harga komoditi makanan seperti gandum, gula, beras dan daging telah meningkat. 'Terima kasih' kepada para spekulator di Wall Street yang menjadikan makanan sebagai objek untuk berjudi dan membuat untung. 'Terima kasih' juga kepada kegilaan para petani yang menanam jagung untuk bio fuel kereta dan bukan untuk perut manusia.


Pada masa yang sama penduduk di muka bumi ini semakin bertambah, bermakna permintaan meningkat. Cuaca yang tidak menentu seperti kemarau pula menyebabkan produktiviti berkurangan.

Kesan daripada kesemua perkara ini ialah makanan menjadi semakin sedikit . Dan lebih teruk lagi makanan yang sedikit jumlahnya ini menjadi semakin mahal.

Di Malaysia, kalau dahulu kerajaan mengsubsidi sebanyak 80 sen bagi memastikan harga tepung gandum kekal RM1.15/kg, kini dengan subsidi 80 sen, harganya telah meningkat kepada RM1.35/kg. Jika sebelum krisis makanan, harga gula ialah RM1.20 tetapi selepas krisis RM1.40. Jangan salah sangka- subsidi tidak ditarik. Tetapi sekalipun subsidi masih diberi harga barangan tetap meningkat. Melainkan kerajaan menambah jumlah subsidi.

Bayangkan perkara yang sama berlaku kepada hampir semua barangan makanan. Harga beras naik, harga minyak masak naik, harga ayam naik- senang cakap hampir kesemua harga barangan naik. Mana tidaknya kos sara hidup meningkat. Dulu beli barang dapur RM500 sebulan tetapi sekarang RM700 pun tak cukup.

Tidak cukup dengan itu, kos bahan api juga meningkat dengan gila dari tahun 2003 hingga 2008. Kalau dulu satu tong hanya USD15-USD25 tetapi semenjak 2003 harganya mula melepasi USD30 hinggalah kepada USD120 pada 2008. Ini menyumbang kepada kenaikan kos pengangkutan sepeti bas awam dan juga kos tenaga seperti elektrik.

Sekali lagi perkara ini menyebabkan kos sara hidup kita meningkat. Perkara ini masih tidak banyak berubah hingga ke hari ini.


KESIMPULAN

Ini adalah punca mengapa model ekonomi kita sekarang sudah tidak boleh diguna pakai. Kalau nak berasaskan tenaga kerja yang murah- ada lagi yang murah. Malah jauh lagi murah. Kalau nak memastikan kos sara hidup rendah- subsidi perlu ditambah bukan setakat dikekalkan. Tetapi adakah kerajaan cukup duit? Kita bukan negara kaya. Pelaburan pun saban tahun berkurangan.

Nak struktur subsidi supaya kos berkurangan, ramai yang menentang multi-tier petrol scheme sehingga ia dibatalkan. Nak tambah pendapatan kerajaan supaya boleh tampung kos subsidi pun ramai yang marah. Contohnya seperti GST dan real property gains tax. (Inilah akibat jika kerajaan tiada kredibiliti. Buat perkara yang popular- kena perlekeh. Buat perkara yang tak popular- lagilah kena tibai.)

APA YANG BOLEH DILAKUKAN?

Jadi solusinya kita perlu merubah model ekonomi sekarang. Kerajaan kena cari source of income yang baru kerana hampir 50% pendapatan datang dari industri petroleum. (Singapura dimana pendapatannya datang dari perlbagai sumber seperti perkhidmatan kewangan, pembuatan dan perdagangan dan lain-lain).

Sektor lain yang menyediakan pekerjaan bergaji tinggi perlu diperhebatkan. Contohnya seperti sektor kewangan, ICT dan minyak&gas. Dengan cara ini pendapatan rakyat boleh ditingkatkan. Secara tak langsung zaman starting gaji graduan RM1500 akan berlalu.

Kalau dulu kita cuba menarik pelaburan dari Coca Cola, Intel dan Mercedes, sekarang sudah tiba masanya kita wujudkan our own Coca Cola, Mercedes dan Intel. Keghairahan menarik pelabur asing perlu digantikan dengan keinginan memperhebatkan pelabur tempatan. Jika kerajaan boleh memberi soft loan RM700 juta kepada syarikat asing buat Legoland di Nusajaya, kenapa tidak memberi soft loan kepada 500,00 SME di negara kita?


Gaji minimum untuk pekerja-pekerja di ladang, kilang dan buruh binaan juga adalah satu kemestian bukan lagi satu pilihan. Zaman pekerja dibayar ciput perlu dihentikan. Dengan ini kebergantungan terhadap pekerja asing boleh diatasi.

Dan yang paling penting, rakyat Malaysia kena bersedia dengan kos sara hidup tinggi jika mahukan pendapatan tinggi. Kalau nak pendapatan macam rakyat Singapura dan Jepun, kos sara hidup pun kenalah seperti Singapura dan Jepun juga.

Tak gitu?

Sumber: Basuh Baju

Ekonomi Malaysia; Satu Diagnosis

Tiada siapa dapat menafikan bahawa ekonomi Malaysia berada di tahap yang membimbangkan.


Di pihak kerajaan, langkah transformasi ekonomi telah diambil melalui agenda GTP dan ETP dalam menangani permasalahan sosio-ekonomi rakyat melalui program-program berteraskan NKRA dan NKEA seperti BR1M, KR1M, PR1MA, TR1MA dan seumpamanya. Di pihak Pakatan Rakyat pula, agenda reformasi ekonomi turut direncanakan di dalam versi Buku Jingga dan pelbagai janji serta harapan yang diberi. Namun, natijah kepada pihak di bawah masih samar.

Ketelusan fiskal adalah kritikal tatkala paras defisit dan hutang mencecah paras bahaya. Semua mata pastinya tertumpu ke arah kadar hutang kerajaan persekutuan yang tidak menunjukkan sebarang tanda penurunan daripada terus menghampiri had siling 55 peratus nisbah hutang kepada KDNK (2013: 54.2 peratus; 2012: 53.7 peratus), dengan melihat gaya berbelanja yang ‘pemurah’ tetapi pada masa yang sama ‘boros’, sedangkan negara Malaysia punyai hasil semulajadi yang pelbagai. Mutu disiplin pengurusan kewangan kerajaan juga perlu dipertingkatkan tatkala perbelanjaan sebenar pada tahun-tahun lepas, khususnya perbelanjaan mengurus, selalu melangkaui bajet yang telah diberikan dengan mengemukakan bajet tambahan (supplementary budget) apabila sesi kewangan tahunan baru bermula.



Inflasi umpama sukar untuk dibendung, khususnya pada suku pertama tahun 2013 apabila berlaku peningkatan pendapatan bolehguna yang mendadak daripada pelbagai skim bantuan dan baucer seumpama BR1M yang pastinya akan menghasilkan situasi peningkatan permintaan mendadak (too much money chasing too few goods) dan seterusnya situasi inflasi tarikan-permintaan (demand-pull inflation) yang memerlukan kawalan di samping situasi inflasi tekanan-kos bahan (cost-push inflation) yang melingkari sektor pembuatan dan pembinaan sekarang.

Kadar hutang isi rumah turut memerlukan pemantauan serius sebagaimana dilaporkan bahawa jumlah hutang isi rumah kepada nilai keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada tahun 2011 adalah pada nisbah 77 peratus, sebahagian besarnya terdiri daripada pembiayaan untuk pembelian rumah yang semakin meningkat harganya serta pembiayaan untuk pembelian kereta yang mahal akibat dikenakan duti eksais yang tinggi.

Ini pastinya memberikan petanda amaran kepada isi rumah di bandar yang berpendapatan RM3,000 ke bawah kerana segmen ini lebih terdedah kepada risiko ketidakmampuan pendapatan akibat daripada beban hutang yang tinggi dan pendapatan penampan (buffer) yang tehad untuk menampung kebarangkalian kehilangan pendapatan untuk menampung perbelanjaan harian dan kenaikan harga yang mendadak.

Sebagaimana disebut oleh Professor Jeffrey Sachs di dalam bukunya yang berjudul ‘The End of Poverty’, “Banyak faktor yang menjadi penghalang kejayaan sesebuah negara untuk bersaing di peringkat global, antaranya amalan rasuah di sektor kerajaan, kelemahan penguatkuasaan undang-undang, kelemahan infrastrukur pengangkutan dan komunikasi, ketidakstabilan politik, dasar pengawalan (protectionism), wabak penyakit, dan kekangan geografi”. Untuk mengatasi batu penghalang kejayaan ekonomi sesebuah negara, Sachs memperkenalkan istilah ‘Ekonomi Klinikal’ dan menyebut, “Negara, umpama pesakit, merupakan sebuah sistem yang kompleks, memerlukan diagnosis yang khusus dan pemahaman konteks, pemantauan dan penilaian, juga etika profesional yang tinggi untuk memulihkannya”.

Ekonomi Malaysia — Langkah Pemulihan

Tiada siapa dapat menafikan bahawa ekonomi Malaysia perlu dipulihkan secara holistik. Sebuah ekonomi yang sihat diukur pada tahap permintaan dan penawaran agregat yang terbit daripada transaksi melibatkan barangan dan perkhidmatan yang dijalankan oleh sektor perniagaan dan keusahawanan, dan tertakluk kepada model dan dasar ekonomi yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

Di sektor perusahaan, terdapat dua kategori usahawan iaitu mereka yang berdaya-eksplorasi (exploration) dan mereka yang berdaya-eksploitasi (exploitation). Di dalam sesebuah ekonomi, kedua-dua jenis usahawan ini wujud tetapi sebuah ekonomi yang sihat memilih lebih ramai usahawan berdaya-eksplorasi.

Namun, dari masa ke masa, kebanyakan usahawan berdaya-eksplorasi ini cenderung untuk beralih kepada usahawan berdaya-eksploitasi apabila mereka ini ‘terlalu besar untuk gagal’, ketandusan idea baru, meneruskan penghasilan produk yang sama berbanding membangunkan produk baru, melobi kerajaan untuk mendapatkan insentif cukai dan tender yang menguntungkan, mengurangkan kos dengan memberi tekanan kepada pekerja, bergabung dengan pesaing untuk mewujudkan gergasi monopoli, dan memanipulasi harga untuk mengaut keuntungan yang lebih terhadap pengguna.


Usahawan yang berjaya adalah mereka yang melaburkan masa dan tenaga dalam mencipta produk yang lebih baik, memberikan khidmat pelanggan yang efektif dan menyokong segmen pekerja untuk meningkatkan komitmen dan produktiviti. Sokongan kerajaan perlu dialih daripada membela korporatgergasi kepada usaha penggalakan pertumbuhan industri kecil dan sederhana. Insentif dan subsidi perlu disalurkan untuk meningkatkan kecekapan dan dayatahan rakyat dan usahawan, manakala polisi cukai dan undang-undang perlu dilaksanakan untuk mewujudkan iklim pelaburan yang mampan dan produktiviti yang tinggi, bukannya untuk melahirkan generasi ‘kenal-siapa’ (know-who) yang mengatasi kualiti ‘tahu-bagaimana’ (know-how) di dalam masyarakat.

Di pentas politik pula terdapat dua kategori ahli politik iaitu mereka yang berdaya-khidmat (service) dan mereka yang berdaya-manipulasi (manipulation). Di dalam sesebuah ekonomi, kedua-dua jenis ahli politik ini wujud tetapi sebuah ekonomi yang sihat memilih lebih ramai ahli politik berdaya-khidmat berbanding ahli politik yang korup dan hidup dengan salah guna kuasa. Dasar fiskal yang penuh integriti sangat diperlukan untuk Malaysia. Dasar ekonomi negara perlu dibina di atas prinsip nilai, berbanding terbina di atas prinsip tamak dan takut (greed and fear). Aliran dana pembiayaan perlu disalur untuk merangsang pertumbuhan daya usahawan serta perkongsian risiko dan keuntungan, berbanding elemen penolakan-risiko (risk-avoidance). Kapitalisma (capitalism) kini sudah disamaertikan dengan Hutangisma (debtism), tatkala pertambahan pendapatan perlu lahir daripada partisipasi aktiviti ekonomi yang sebenar.

Semestinya, pemangkin pertumbuhan ekonomi sebenar terletak di tangan rakyat dan pengguna. Tahap permintaan dan penawaran agregat di dalam negara bergantung pada tahap kecenderungan rakyat untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan yang dibalas dengan ganjaran pendapatan, seterusnya kecenderungan untuk berbelanja, menyimpan dan meminjam. Kita seharusnya hidup berdasarkan kemampuan, seterusnya berjimat untuk menyimpan dan meminjam hanya untuk perkara yang berkualiti dan diperlukan.

Menarik untuk disorot ungkapan TG Nik Aziz di dalam memberi pengertian terhadap sebuah kehidupan, baik untuk diteladani oleh rakyat dan kerajaan, yang menyebut “Saya lebih pentingkan kehidupan yang mewah di akhirat berbanding di dunia sekarang. Saya tanamkan dalam jiwa saya, apabila meninggal dunia nanti saya pasti tanpa meninggalkan sebarang hutang. Ini sudah cukup bagi saya. Paling saya takut meninggalkan hutang di kedai runcit atau sebagainya”.

Malaysia kini berada di persimpangan.

Justeru, jawapan kepada persoalan utama di atas adalah, anda dan saya.

* Syahir Sulaiman merupaka EXCO Pemuda PAS.
Beliau mendokong usaha membangun Negara Berkebajikan.

* Sumber: The Malaysian Insider.


Memahami masaalah ekonomi.

Saturday, August 17, 2013

Punca Kemelut Di Mesir

Sebab utama pergolokan di Mesir adalah kerana kerajaan yang mentadbir Mesir, Ikhwanul Muslimin mewarisi ekonomi yang sudah berada di ambang keruntuhan selepas kejatuhan Hosni Mubarak. Masalah dengan Mesir adalah kerana ekonominya dikawal oleh beberapa golongan elit. Apabila sebahagian besar ekonomi telah diswastakan dan aset-aset negara jatuh ke tangan kawan-kawan Hosni Mubarak dan mereka masih mengekalkan kawalan ke atas ekonomi Mesir.


Kesan dari sistem itu, Morsi menghadapi kesulitan untuk mengubah pengagihan kekayaan Mesir yang hanya berlegar dikalangan beberapa elit dan ini membawa kepada keadaan di mana 40% daripada penduduk Mesir hidup di bawah garis kemiskinan. Golongan-golongan elit yang mengawal ekonomi Mesir ini telah memindahkan kekayaan mereka keluar dari negara ini apabila kejatuhan Hosni Mubarak dari tampuk pemerintahan. Peristiwa ini membawa kepada kejatuhan besar pound Mesir, secara drastik meningkatkan kos import. Kekurangan dalam pelan tindakan ekonomi yang kurang jelas menjadikan keadaan ekonomi Mesir semakin tenat.

Oleh kerana Mesir bergantung kepada import pertanian dan tenaga, ini mewujudkan satu ketidakseimbangan perdagangan yang besar dan membawa kepada keputusan Ikhwanul Muslimin untuk berpaling kepada IMF. Apabila inflasi melambung di luar kawalan dan pengangguran meningkat ramai yang telah membawa protes ke jalan-jalan.


Diantara sebab-sebab lain yang menyebabkan kejatuhan Ikwan Muslimin dari tampuk pemerintahan Mesir kerana Ikhwan Muslimin gagal menangani serangan politik pembangkang yang bertali arus dengan sokongan dana dari musuh-musuh Islam. Ikhwan Muslimin juga terlalu bersikap sederhana terhadap dasar-dasar Islam yang menjadi tunjang perjuangan Ikhwan Muslimin demi memuaskan hati Barat dan supaya diterima diperingkat antarabangsa. Malah Morsi segera menghantar Kenyatan yang mengesahkan komitmen Mesir untuk hubungan damai dengan Israel.

Ikhwan Muslimin gagal untuk megubah sistem politik Mesir yang ditubuhkan oleh Jamal Nasir dengan mengekal campurtangan tentera kedalam pentadbiran negara. Campurtangan ini  telah melemahkan kuasa Presiden Morsi. Daripada cuba untuk mencabar sistem politik di Mesir dengan mandat itu diterima dalam pilihan raya, Ikhwan Muslimin meninggalkan apa yang diperjuangkan selama ini.

Moral of the story: Mesir kena game dengan puak-puak kapitalis@Illuminati. 
Ikhwan Muslimin tidak akan mampu menentang musuh Islam yang telah menguasai sistem ekonomi dunia tanpa sokongan seluruh umat Islam diatas muka bumi ini.


innalillahiwainnailaihirojiun..

 




Kereta Baru Proton

Proton Suprima S Model Baru 2013




4 idiots from an idiotic company launching 1 idiotic product..


Best comment:-

"Maserati(Official) on Aug 17, 2013 at 1:31 pm 

Nobody will buy Proton if Government does not protect Proton. Even other car companies cannot drop their prices because MITI controls it. Honda even wants to sell their City for RM60 plus but not allowed too. Once MITI stops all this nonsense of price control, Proton is sure to go bust. 

20 Years of help also cannot stand on its own feet. Every other year Government gives few hundred million grant to Proton. You know where that money comes? It comes from LHDN. 

Our income tax money. Our money is being used to sustain a company that should have gone bankrupt years ago"........




CUKUP DAH on Aug 17, 2013 at 3:12 pm 

PLEASE LAR TUTUP LA PROTON. TUTUP TUTUP LA PLEASE. BERAPA BANYAK DOSA KO NAK TIMBUNKAN? BECAUSE OF YOU, ALL THE CARS ARE OVERPRICED. MELAYU MACAM AKU LAR YG SENGSARA. MAMAKTHIR BILA LA KO NAK MAMPUS? MENYAMPAH JER TGK KO. GUYS SILA TENGOK PEUGEOT 308 2014 NGAN DIA PUNYA INTERIOR DAN FALSAFAHNYA…KENAPE PROTON TAK MACAM TU? ADUHAI DAH BANYAK CHANCE KASI LA WEI…TUTUP JER LA…BIAR RAKYAT HIDUP SENANG SIKIT BOLEH TAK.

Friday, August 16, 2013

Kristian bersembahyang dalam Masjid.

Koongsi tempat ibadat??..

Taking a refuge from the rain in southern Turkey, Muslims pray towards Mecca at the entrance of a neighboring church. 


Ini bukan budaya dan adat orang melayu. Dah habis satu Malaysia dikongsikan, takkan tempat ibadat pun nak dikongsikan??
Takkan dah tak ada perasaan hormat menghormati antara sesama agama lagi?

Bangsa Melayu memiliki budaya yang unik. Hanya satu bangsa didalam dunia ini apabila lahir ke dunia, Islam adalah agama mu. Itulah hebatnya bangsa Melayu di Tanah Melayu.

Pada gua bangsa Melayu di Tanh Melayu ni adalah contoh terbaik umat Islam hari ini. Bangsa yang tinggi akhlaknya, bertolak-ansur dan beradab.

JADI TOLONG HORMATI KAMI!!!..

Gua takkan mengharamkan apa yang telah dihalalkan... cuma penganut agama lain harus menghormati budaya orang Melayu walaupun ia dibenarkan dalam Islam.

Ada disebut dalam buku-buku hadis sahih tentang peristiwa lawatan kristian Najran ini. Peristiwa delegasi Kristian dari Najran (di Yaman) datang ke Madinah untuk membincangkan beberapa perkara dengan Rasulullah S.A.W dan bertanya kepadanya tentang Nabi Isa A.S yang disebut dalam hadis-hadis berikut yang sahih:

"Hudhaifa melaporkan bahawa penduduk Najran datang kepada Rasulullah S.A.W (kepadanya) dan berkata: Wahai Rasulullah, hantarkan kepada kami seorang yang boleh dipercayai; lalu Rasulullah S.A.W bersabda: Aku akan utuskan kepada kamu seorang lelaki yang boleh dipercayai, seorang manusia yang amanah dalam erti kata sebenar istilah ini. Lalu para sahabat memandang sabar dan beliau menghantar Abu Ubaida b. Jarrah " (Abu Daud: 31: 5949; Muslim: 31: 5949).

"Diriwayatkan Hudhaifa: Al-'Aqib dan Saiyid, pembesar-pembesar dari Najran, datang kepada Rasulullah S.A.W dengan niat untuk melakukan Lian (mencari kebenaran) salah seorang daripada mereka berkata kepada yang lain," Jangan kita lakukan (Lian ini), demi Allah, jika dia sebenar-benarnya seorang Rasul dan kita lakukan Lian ini, kita mahupun anak-anak selepas kita juga tidak akan berjaya. " Kemudian kedua-dua mereka berkata (kepada Nabi S.A.W), "Kami akan memberikan apa yang anda harus bertanya tetapi anda perlu menghantar seorang lelaki yang boleh dipercayai kepada kami, dan jangan hantar kepada kami mana-mana orang melainkan seorang yang boleh dipercayai." Rasulullah S.A.W bersabda, "Aku akan menghantar seorang lelaki yang jujur .​​Adalah benar-benar boleh dipercayai." Maka setiap daripada para sahabat berharap agar mereka dipilih. Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Bangunlah, wahai Abu 'Ubaida bin Al-Jarrah." Apabila beliau bangun, Rasulullah S.A.W bersabda, "Ini adalah orang yang boleh dipercayai dalam negara(Islam) ini." (Bukhari: 59: 663)

Walau bagaimanapun, sekiranya Rasulullah S.A.W membenarkan mereka beribadat di masjid semasa lawatan ini tidak disebut dalam hadis, namun ia telah disebut di dalam pelbagai buku-buku tafsirnya seperti al Jamiu li Ahkam Al-Quran (Imam Qurtubi), Tafsir Ibn Kathir , Tafsir Al-Munir (Wahba Al- Zuhayli); dalam seksyen penjelasan daripada Kutub Al-Sittah dan banyak buku-buku Islam sebagai petikan dari buku yang terkenal "Al-Sirah Al-Nabawiyyah" oleh Muhammad bin Ishaq sebagai riwayat dari Muhammad bin Jafar bin Az Zubair.

(Muhammad bin Ishaq atau Ibn Ishaq adalah tokoh sejarawan yang terkenal dan terkemuka dalam dunia pensejarahan awal Islam. Beliau telah mengorak langkah merintis kaedah pensejarahan yang lebih bersistematik dan seterusnya membawa penulisan Sirah dan Maghazi ke tahap kemuncaknya yang menjadi sumber rujukan utama kepada para sejarawan terkemudian. Keupayaan Ibn Ishaq lebih terserlah jika dibandingkan dengan sejarawan-sejarawan terdahulu dari perspektif pengetahuannya yang lebih universal, kemampuannya menghimpunkan maklumat-maklumat daripada pelbagai sumber dan kebolehannya menyusun dengan baik data-data yang telah dikumpulkan. Penulisan beliau yang bertajuk Kitab al-Mubtada’ wa al-Mabcath wa al-Maghazi memperlihatkan hasil pemahamannya yang lebih luas mengenai Sirah dan Maghazi berbanding dengan karya-karya yang lebih awal dan sezaman. Ini kerana ia merangkumi sejarah para nabi sebagai pendahuluan dan perihal para sahabat yang disusun berdasarkan metodologi penulisan yang lebih terancang dan menarik. Meskipun Ibn Ishaq menerima kecaman hebat daripada sebilangan ulama hadis tetapi sumbangan dan peranan beliau dalam perkembangan bidang pensejarahan Islam adalah sesuatu yang tidak dinafikan apabila mendapat pengiktirafan Muhammad bin Muslim al-Zuhri dan Muhammad bin Idris al-Shafice. Dakwaan dan tohmahan yang mempertikaikan kewibawaan Ibn Ishaq juga memerlukan kepada penilaian semula kerana sebahagian besar tokoh ulama hadis yang lain telah mengambil sikap memihak dan mempertahankan beliau).

Lawatan dari Najran yang dipetik dalam tafsiran 1-61 ayat-ayat Surah Al-Imran dalam buku tafsirnya. Memetik tafsiran ayat 61 dari Surah Al-Imran dalam Tafsir Ibn Kathir: "Alasan untuk panggilan kepada Mubahalah dan wahyu ayat dari awal surah ini (Surah al-I Imran) sehingga di sini (ayat 61), adalah bahawa delegasi dari Kristian Najran (di Yaman) datang kepada Al -Madinah untuk berhujah mengenai 'Isa, mendakwa bahawa dia adalah tuhan dan anak Allah. Allah menurunkan permulaan Surah ini sehingga di sini, untuk menafikan dakwaan mereka, seperti Imam Muhammad bin Ishaq bin Yasar dan ulama lain yang dinyatakan.

Muhammad bin Ishaq bin Yasar berkata dalam Sirah yang terkenal, "delegasi Kristian dari Najran datang kepada Rasulullah S.A.W. Delegasi itu terdiri daripada enam puluh orang berkuda, termasuk empat belas ketua-ketua mereka yang membuat keputusan. Orang-orang ini adalah Al-'Aqib, juga dikenali sebagai `Abdul-Masih, As-Sayyid, juga dikenali sebagai Al-Ayham, Abu Harithah bin` Alqamah, dari keluarga Bakr bin Wa `il dan Uways bin Al-Harith. Mereka juga termasuk, Zaid, Qays, Yazid, Nabih, Khuwaylid, `Amr, Khalid,` Abdullah dan Yuhannas. Tiga orang-orang ini adalah ketua-ketua delegasi ini, Al-'Aqib, pemimpin mereka dan kepada siapa mereka dirujuk untuk mendapatkan nasihat dan keputusan;. As-Sayyid, sarjana dan pemimpin dalam perjalanan dan perhimpunan sosial;. dan Abu Harithah bin `Alqamah, pemimpin ulung dan ketua agama mereka. Abu Harithah adalah seorang lelaki Arab dari keluarga Bakr bin Wa` il, tetapi apabila dia memeluk agama Kristian, orang-orang Rom dan raja-raja mereka memberi penghormatan kepadanya dan gereja dibina untuknya (tanda penghormatan). Mereka juga menyokong beliau dengan kewangan dan memberikannya hamba, kerana mereka tahu bagaimana kukuhnya iman beliau dalam agama mereka.' ' Abu Harithah tahu perihal Rasulullah S.A.W dari apa yang dia baca dalam kitab suci sebelumnya. Walau bagaimanapun, kejahilan membawanya kekal menjadi seorang penganut Kristian, kerana dia telah diberi penghormatan dan mempunyai kedudukan yang tinggi dikalangan penganut agama Kristian.

Ibn Ishaq berkata, "Muhammad bin Ja'far bin Az-Zubair berkata, delegasi (Najran) datang kepada Rasulullah S.A.W di dalam Al-Madinah, memasuki Masjid beliau memakai jubah dan pakaian, selepas Rasulullah S.A.W selesai menunaikan solat Asar. Mereka disertai kabilah unta yang diketuai oleh Bani Al-Harith bin Ka `b. Sahabat Rasulullah S.A.W yang melihat mereka mengatakan bahawa mereka tidak pernah melihat satu delegasi seperti mereka selepas itu. Apabila waktu ibadah mereka tiba, mereka berdiri untuk melaksanakan ibadah mereka di dalam Masjid Nabi. Rasulullah S.A.W bersabda: "Biarkan mereka (beribadah)" dan mereka bersolat ke arah timur.

Kemudian Abu Harithah bin `Alqamah dan Al-'Aqib` Abdul-Masih atau As-Sayyid Al-Ayham berkata kepada Rasullah SAW, dan mereka adalah orang Kristian seperti raja (Raja Roman).

Walau bagaimanapun, mereka tidak bersetuju mengenai `Isa, sebahagian daripada mereka berkata, 'Dia adalah Allah,' sedangkan ada yang berkata, 'Dia adalah anak Allah,' dan yang lain berkata, 'Beliau adalah salah satu daripada triniti. Allah adalah jauh daripada apa yang mereka sifatkan.'' ....

... Sahabat Rasulullah S.A.W yang melihat mereka mengatakan bahawa mereka tidak pernah melihat satu delegasi seperti mereka selepas itu. Apabila tiba waktu solat, mereka berdiri dan menyembah ke arah timur. Rasulullah S.A.W bersabda: "Jangan sentuh mereka." ....(Al Jamiu li Ahkam al-Quran, Imam Qurtubi)

... Sementara itu, kerana ia adalah masa untuk ibadah, mereka berdiri untuk bersolat di Masjid Al-Saadah. Rasulullah S.A.W bersabda: "biarkan mereka solat." Mereka bersolat kearah timur ...

(Haq Dini Quran Dili, Elmalili Hamdi Yazir)