Pages

Friday, May 25, 2012

Apakah benar tuhan itu ada, wahai Tuan Doktor?

Ahmad Boastamam ada bercerita, bahawa satu malam, iaitu selepas dari kongres PKMM, beliau bersama-sama dengan Dr Burhanuddin Al-Helmi dan Mokhtaruddin Lasso. Ketika itu, mereka sedang berada di pejabat harian ”suara rakyat”, lidah rasmi PKMM di Jalan Brewster.

Sedang bersembang, tiba-tiba Mokhtaruddin Losso yang terkenal dengan pemikiran komunis bertanya kepada Dr Burhanuddin Al-Helmi.

”Apakah benar tuhan itu ada, wahai Tuan Doktor?”

Ahmad Boastamam bercerita, ketika Mokhtaruddin Lasso bertanyakan soalan tersebut, kelihatan wajahnya dalam keadaan tersenyum.

Ahmad Boastamam tidak menyangka bahawa Mokhtaruddin akan bertanyakan soalan sebegitu kepada Dr Burhanuddin. Detik hati Ahmad Boastamam bahawa mungkin Mokhtaruddin ingin menguji keteguhan Dr Burhanuddin dalam beragama.

”Sudah pasti ada” jawab Dr Burhanuddin Al-Helmi ringkas.

”benarkan tuhan itu berkuasa?”

”Benar”

”kalau benar tuhan itu berkuasa, suruhlah tuhan membuat sepasang terompah kayu sekarang. Jika tuhan mampu membuatnya, saya akan percaya bahawa tuhan itu ada dan berkuasa” Mokhtaruddin memprovoke.
Provoke mokhtaruddin itu dijawab tenang oleh Dr Burhanuddin Al-Helmi.

”Masakan patut tuhan diminta membuat pekerjaan yang remeh seperti membuat terompah kayu itu.

”ini tidak bermakna tuhan tidak boleh membuat terompah kayu” sambung Dr Burhanuddin Al-Helmi lagi.

”Tuhan boleh. Kalau alam ini dapat dicipta-Nya, kenapa pula perkara mudah dan kecil seperti membuat terompah kayu itu tidak boleh?

”kalau seseorang yang pakar dalam ilmu, pasti misalnya boleh menjawab masalah-masalah yang tinggi dalam ilmu itu dengan mudahnya, mustahillah dua kali lima dia tidak tahu. Itu logik, bukan?” soal Dr Burhanuddin yang memberikan jawapan secara tidak langsung kepada Mokhtaruddin.

”demikianlah ibaratnya tuhan dengan membuat terompah kayu itu” sambung Dr Burhanuddin lagi.

”Kalau banyak orang, banyak manusia yang menjadi makhluk Tuhan, sudah boleh membuat terompah kayu belaka, kenapakah harus diperlukan juga tenaga tuhan untuk perkara yang remeh ini? Tidakkah itu sama saja seperti menyuruh seorang ayah mengesat hingus atau menghisap puting sedang bayi kecil pun sudah tahu belaka membuatnya”

Jawapan Dr Burhanuddin al-Helmi itu ternyata menyebabkan Mokhtaruddin Lasso terpegun.

Tokoh-tokoh PKMM & API
Duduk dari kiri: Ahmad Boestamam, Ishak Hj. Muhammad, Mahmud Abdul Samad,  Ayus Nurdin
Berdiri dari kiri: Abdullah Ayub, Khalid Wazir, Rahman Rahim, Baharuddin Latif, Dom Madzi Ibrahim

Dari Merdeka ke Hidup Melayu

Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, sebuah parti politik baru Melayu dibentuk, iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). la ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di lpoh, Perak. Pemimpin awalnya ialah Mokhtaruddin Lasso, yang kemudiannya berpindah tangan kepada Dr. Burhanuddin al-Helmi - iaitu seorang tokoh agama yang mampu menguasai bahasa Arab dan lnggeris disamping bahasa Melayu.
Mokhtaruddin Lasso

PKMM telah mengisytiharkan matlamatnya untuk mencapai kemerdekaan negara secara penuh. Dr. Burhanuddin banyak berkorban untuk PKMM dan beliau mendapat kepercayaan golongan agama untuk menyertai gerakan politik bagi menentang penjajah. PKMM telah berjaya memperluaskan pengaruhnya dalam masyarakat Melayu sehingga ia berjaya menubuhkan pula beberapa sayap atau bahagian dalam struktur organisasinya. 

Selain Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se-Malaya (BATAS), Majlis Agama Tertingga Se-Malaya (MATA) juga merupakan antara sayap atau bahagian dalam struktur organisasi PKMM. MATA merupakan bahagian agama parti berkenaan.

Melalui MATA dalam satu mesyuarat agung tahunannya pada 14 Mac 1948, telah berjaya melahirkan Hizbul Muslimin yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Tujuan PKMM melahirkan Hizbul Muslimin sebagai sayapnya adalah bagi mengumpulkan tenaga para ulama. Sebagai sebuah parti lslam pertama di negara ini, Hizbul Muslimin mempunyai matlamat untuk mencapai kemerdekaan negara yang berdaulat bagi membentuk sebuah masyarakat yang berasaskan kepada kefahaman lslam serta mewujudkan sebuah negara lslam atau Darul lslam.

Dalam pendiriannya, ia menyokong PKMM tetapi sekeras-kerasnya menolak perjuangan UMNO.

Ustaz Abu Bakar al-Baqir

Penubuhan UMNO pada 11hb Mei 1946, dengan Dato' Onn bin Jaafar sebagai pemimpinnya yang pertama dapat dikatakan sebagai mengelak orang-orang Melayu di Tanah Melayu dari menyokong parti Hizbul Muslimin. 

UMNO dengan slogan "Hidup Melayu" juga telah menghilangkan sejarah perjuangan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang begitu lantang menentang British dengan slogan "MERDEKA"

Teori konspirasi mengatakan bahawa cubaan British menubuhkan Malayan Union hanyalah sebagai helah  untuk melepaskan Tanah Melayu setelah habis sejarah dan hasil bumi Tanah Melayu dijarah. Begitu juga perang Jepun di Tanah Melayu hanya sekadar helah untuk melupakan perjuangan para pahlawan Melayu seperti Dato Maharajalela, Dato Bahaman menentang British.

Untuk generasi hari ini, hanya beberapa peristiwa terpilih yg didedahkan sebagai sejarah.. Perang Jepun 1945, Merdeka 1957 dan  Tragedi 13 Mei 1969.

Bagaimana dengan Februari 1988? Adakah orang Melayu hanya memakai cawat pada tahun 1300?

Dream Traitor; Komunis & Pemerintahan Gangsterism


Pada zaman ini kita dapat melihat corak pemerintahan “gangsterism” semakin berleluasa dengan begitu pesat, daripada pucuk pimpinan tertinggi sehinggalah kepada kehidupan masyarakat majmuk. Kehidupan masyarakat tidak sunyi dengan pangkat-pangkat seperti “Ayahanda“, “Abang Long” dan telah muncul seperti cendawan.

Dahulunya “Ayahanda” bermaksud “Tok Guru” atau “Tuan Guru” dan dipegang oleh mereka yang berpegangan agama kuat, tetapi kini jawatan dicemarkan dengan “Ayahanda” yang berkaraoke dan melakukan kemaksiatan. Mereka mendapat sokongan ramai dan kemudiannya memasuki parti politik dan sehingga berjaya memegang jawatan menteri-menteri tertinggi di dalam pemerintahan negara. Sebahagian lain menguasai bidang perniagaan dan memegang penghormatan “Dato“, “Tan Sri” dan sebagainya.


Namun seperkara yang ramai masih tidak sedar, pucuk bermulanya tercemar dan penguasaan gangsterism ini adalah berakar umbi daripada pelan perancangaan dan agenda komunis. Corak pemerintahan “gangsterism” ini adalah bukti kukuh komunis tidak tamat pada zaman dahulu dan kini berjaya 100% menyerap dalam pemerintahan, jawatan penting serta jawatan “nombor satu” negara. Dasar-dasar komunis telah mula mencorakkan cara pemerintahan negara dengan begitu pesat.

Bukti-bukti lain turut ditemui melalui simbol kumpulan yang mana berhubung rapat dengan simbol-simbol komunis. Selainnya ialah kebangkitan isu-isu komunis dan kepercayaan pemimpin tertinggi negara komunis masih wujud. Namun berbeza dengan strategi sebenar dan fahaman masyarakat kebiasaan , startegi sebenar dan kebiasaannya pihak yang mengeluarkan tuduhan lebih berkemungkinan terlibat kerana mereka faham benar bentuk aktiviti dan corak pemerintahan komunis. Tuduhan itu sebenarnya menunjukkan mereka faham agenda komunis dan ditujukan bagi membela/menutupi diri.

Kini cuba fikirkan kembali bagaimanakah semua ini bermula? Ianya bermula melalui melalui saluran ekonomi dan perniagaan. Pada mulanya ianya berbentuk sokongan ahli perniagaan berbangsa Cina dan lainnya kepada golongan politik. Akhirnya ia berkembang pesat kepada penguasaan pimpinan negara. Pada hari ini? Corak pemerintahan ini telah berkembang jauh sehingga kita dapat menyaksikan sendiri corak pemerintahan China dan kekejaman di Tibet diamalkan dalam negara kita. Kita dapat menyaksikan rasuah dan pemerasan berleluasa dengan begitu tinggi. Kita dapat menyaksikan semua bangsa kini terperangkap dengan kezaliman dan penindasan, dan pemimpin utama dengan isu meletupkan wanita Mongolia serta bagaimana adik iparnya terpaksa meninggalkan Malaysia kerana diserang gangster.

Kini, kenapa komunis? Kenapa bukan secara langsung Freemason? Ini kerana kita adalah negara Asia dan kita perlu melihat dan mengkaji kembali hubungan Freemason dan Komunis. Kita perlu mengkaji kembali kenapa ekonomi negara China dapat berkembang pesat dalam masa yang singkat. Apakah kemunasabahan negara China dapat tampil ke hadapan dalam masa yang singkat? Kita perlu turut mengkaji kembali kenapa Singapura boleh berkembang di dalam ekonomi tanpa mempunyai sumber-sumber asli. Jika saudara fikirkan kembali, pasti saudara dapat menemui jalan munasabah kepada semua yang terjadi pada hari ini; The Lee Bloodline; Chinese Secret Societies; Indian Secret Societies; Other Secret Societies

Sumber:http://muslimvillage.wordpress.com

Berikut adalah petikan ucapan terakhir Dato Onn Jaafar sebagai Yang Di-Pertua UMNO pada 26 Ogos 1951 yang menimbulkan kemusykilan :

"Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak langkah, sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah Melayu ini, langkah-langkah dan perbuatan yang mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri. …saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat-tempat yang tidak dapat dimasuki kebanyakan orang. (adakah Dato Onn Jaafar sudah berjaya masuk ke dalam salah satu loji FREEMASON di Tanah Melayu ketika itu?) 

"Melihat gerak langkah dan cadangan-cadangan yang hendak didatangkannya ke atas Tanah Melayu ini. Malang mulut saya tertutup, malang saya berkata mulut saya ini tertutup tidak dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan-pekerjaan dan tanggungan saya itu…"




Saudi; Pengkhianat Impian

Jambatan ke Africa
Mengapa para pegawai Arab Saudi berdiam diri di saat tentera Israel melakukan kebiadabannya dalam perjanjian rahsia Arab Saudi dan Israel iaitu masalah projek jambatan dari pulau Tiran?

Lebih-lebih lagi setelah sejumlah pengkaji menyatakan adanya sumber minyak di pulau Tiran dan Sanafir. Negara-negara Arab hingga kini tetap berdiam diri ketika menjalankan propaganda strategi asing berkaitan kunjungan Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad ke pulau Abu Musa, Iran, Teluk Parsi.

Keterangannya jelas, sebab para pemimpin Arab tetap berdiam diri dan mengunci mulutnya mengenai pendudukan Israel atas kepulauan Tiran dan Sanafir milik Arab Saudi. Sementara itu berkaitan tiga pulau milik Iran, enam negara Teluk Arab akan bermesyuarat di ibu kota Saudi, Riyadh,bagi membahas pemilikan ketiga-tiga pulau yang dituntut oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE), kata Gulf News Jumaat, 13/04/12 lalu.

Para menteri luar negeri dari anggota Dewan Kerja sama Teluk (GCC), iaitu Arab Saudi, Kuwait, Bahrain, Qatar, UAE dan Oman, telah bersidang pada Rabu 18/04/12 semalam untuk persidangan kecemasan bagi menentukan strategi bersama berkaitan dengan Iran. Menurut laporan itu, Setiausaha Agung GCC Abdul Latif Al Zayani mengecam perjalanan Ahmadinejad itu sebagai "kesalahan yang jelas atas kedaulatan UAE" dan "tidak selaras dengan undang-undang GCC bagi menjaga hubungan baik dengan Iran."

Wikipedia
Hebatnya mereka. Soal kepulauan milik Iran, mereka bersatu menempatkan Iran, namun kenyataannya Arab Saudi dan para pemimpin Arab , tidak pernah mempertikaikan dua pulau; Tiran dan Sanafir yang sehingga kini tetap diduduki oleh Rejim Zionis Israel. Sejarahnya, pasukan Israel telah menduduki kedua-dua pulau tersebut sejak tahun 1967 tetapi raja Saudi tidak pernah mempersoalkan atau bersuara merebut kembali kedua wilayah yang diduduki oleh Israel tersebut.

Dua pulau tersebut awalnya disewakan oleh Saudi Arabia kepada Presiden Mesir, Gamal Abdel Nasser, untuk keperluan rawatan dalam Perang Enam Hari tahun 1967 dengan pasukan Israel. Namun, pulau-pulau tersebut dijajah oleh tentera Tel Aviv sejak Mesir mengalami kekalahan. Peliknya, Emiriah Arab Bersatu tanpa mempunyai bukti yang kuat dan mendakwa tiga pulau Abu Musa, Tunb Kecil dan Tunb Besar sebagai miliknya.

Bahkan Emiriah Arab Bersatu mengambil kesempatan ke atas isu Arab dan propaganda antarabangsa untuk mengambil ketiga-tiga pulau ini. Desakan Pulau Tiran dan Sanafir Pelabuhan Elat yang terletak di Teluk Aqabah sangat strategik bagi Rejim Zionis Israel, kerana sebahagian besar aktiviti eksport dan import rejim Zionis dilakukakan melalui pelabuhan ini. Pelabuhan Elat menjadi penghubung antara Israel dengan pantai timur dan selatan Afrika serta negara-negara selatan dan barat daya Asia.

Pelabuhan ini dihubungkan dengan pelabuhan Asqalan pantai timur Laut Mediterranean melalui jalur paip minyak dan pusat darat. Dengan memiliki pelabuhan ini, Israel sudah tidak lagi memerlukan Terusan Suez, dan kenyataannya menunjukkan betapa strategiknya pelabuhan Elat bagi rejim penjajah ini. Namun apakah satu-satunya jalur hubungan Israel dengan laut melalui Selat Tiran?

Selat Tiran adalah pulau yang menghubungkan Teluk Aqabah dengan Laut Merah. Selat Aqabah adalah pulau Tiran dan Sanafir. Bekas Duta Besar Rejim Zionis Israel di Amerika Ishaq Rabin pernah mengatakan, "Pulau Tiran dan Sanafir sangat strategik. Pertikaian tiga orang bersenjata saja mampu menutup selat ini. " Sebegitu strategiknya selat ini hingga ramai pemerhati menilai salah satu pencetus perang Arab-Israel pada tahun 1967 adalah sikap Mesir menutup selat ini bagi tentera laut Israel.

Kronologi Sejarah Desakan Pulau Tiran dan Sanafir Pada tahun 1949 Mesir menutup Terusan Suez untuk kapal-kapal Rejim Zionis Israel. Sikap Mesir ini secara automatik mengangkat kedudukan Pelabuhan Elat menjadi sangat strategik bagi Israel. Kerana dengan penutupan Terusan Suez tanpa memiliki pelabuhan tersebut,bererti kapal-kapal dagang rejim Israel setelah melakukan transaksi untuk kembali ke asalnya, harus merentasi Afrika Selatan terlebih dahulu.

Pada tarikh 13 September 1955, Mesir mengeluarkan peraturan bagi kapal-kapal yang ingin melalui Teluk Aqabah harus mendapat izin negaranya. Sebaliknya, Israel melihat halangan dalam usahanya untuk merentasi laut atau tidak. Saat Gamal Abdel Nasser, Presiden Mesir memajukan Terusan Suez, negara-negara Perancis, Britain dan Rejim Zionis Israel menyerang Mesir. Hasil dari peperangan ini adalah tercetusnya keinginan Rejim Zionis Israel dengan pembukaan kembali Selat Tiran dan menempatkan pasukan antarabangsa di Teluk Aqabah dan Gurun Sina. Pulau Sanafir untuk pertama kalinya diduduki Rejim Zionis Israel ketika peperangan tahun 1956 selama 10 bulan.

Sebelum perang tahun 1967 Mesir menyewa pulau ini dari Arab Saudi dengan tujuan menutup Selat Tiran untuk kapal Israel. Namun setelah peperangan, pulau ini menjadi jajahan Israel. Sebelum terjadi perang, Mesir menuntut penarikan pasukan perdamaian PBB dari garis gencatan senjata dengan Israel. Pasukan perdamaian PBB pada tarikh 23 Mei 1967 menarik pasukannya dari sana. Mesir tetap menutup Selat Tiran bagi pasukan kapal Rejim Zionis Israel.

Pendudukan haram Pelabuhan Elat di kawasan Umm Al-Rashrash oleh Rejim Zionis Israel setelah gencatan senjata tahun 1949, keluasan Teluk Aqabah lebih banyak dimiliki oleh Mesir dan keyakinan negara ini bahawa Selat Tiran bukan kawasan Israel serta tidak menjadi alasan Mesir untuk menutup selat ini. Langkah yang dilakukan Mesir menunjukkan negara ini telah siap untuk melakukan perang bagi menentukan dengan Rejim Zionis Israel.

Namun Rejim Zionis Israel mendahului Mesir dengan lampu hijau yang diberikan oleh Amerika, dipagi hari tarikh 5 Jun 1967 telah mengebom 9 lapangan terbang Mesir selama 3 jam dan setiap kali selama 10 minit. Pasukan darat rejim ini di siang hari itu juga telah menyerang sempadan Mesir dan kemudian bergerak maju mendekati terusan Suez. Pagi hari kedua perang (6 Jun), Panglima Tertinggi Tentera Mesir Abdul Hakim Amir memerintahkan pasukannya akan berundur dari Gurun Sina.

Berikutan perintah ini, Mesir pada tarikh 7 Jun menerima perang diberhentikan dan memaklumkan kepada Setiausaha Agung PBB, sementara tentera Israel pada tarikh 8 Jun tengah berusaha untuk menduduki Gurun Sina secara keseluruhan. Ada sejumlah pencapaian Rejim Zionis Israel setelah berakhirnya perang ke-3 tahun 1967 antara Arab dan Israel. Hasil-hasil itu sebagaimana berikut:

1. Rejim Zionis Israel tetap menguasai dan menduduki daerah-daerah seperti Tebing Barat Sungai Jordan, Jalur Gaza, Gurun Sina milik Mesir, Dataran Tinggi Golan milik Syria dan pulau Tiran dan Sanafir milik Arab Saudi

2. Sekitar 330 ribu warga Palestin menjadi pelarian

3. Rejim Zionis Israel menguasai sumber air Sungai Jordan dan Selat Tiran dan Teluk Aqabah terbuka bagi tentera kapal rejim ini

4. Rejim Zionis Israel telah berjaya mewujudkan satu garis pertahanan baru yang strategik untuk menghadapi serangan asing

5. Sejumlah daerah telah diduduki Rejim Zionis Israel. Selepas ini matlamat Arab hanya berusaha untuk mengembalikan tanah-tanah yang telah diduduki baik tahun 1948 atau 1967

6. Kekuatan tentera Mesir, Jordan dan Syria telah hancur

7. Ketidakmampuan para pemimpin Arab, ketidaksepaduan dan ketidakseriusan mereka untuk membebaskan Palestin semakin jelas

8. Peperangan Palestin muncul dari hari ke hari semakin kuat.

Berikutan ketidakmampuan dunia Arab, bangsa Palestin berusaha sendiri dengan melakukan pelbagai cara untuk membebaskan tanah airnya. Peperangan pada tahun 1967 bukan berakhirnya permusuhan Arab-Israel. Kerana pada tahun 1973 perang kembali terjadi apabila terjadinya Perjanjian memalukan Camp David yang ditandatangani oleh Presiden Mesir Anwar Sadat dan Perdana Menteri Rejim Zionis Israel Menachem Begin pada tarikh 17 September 1978.

Dalam perundingan itu tidak disebutkan mengenai pulau-pulau milik Arab Saudi dan kawasan Umm Ar-Rashrash milik Mesir sebelum perang 1967 yang diduduki Rejim Zionis Israel. Pengkhiatan Arab Saudi atas matlamat Palestin dan Umat Islam Diperhatikan kronologi pendudukan pulau Tiran dan Sanafir milik Arab Saudi oleh Rejim Zionis Israel dan berdiam dirinya pemerintah Arab Saudi atas kenyataan ini menimbulkan pelbagai soalan.

Apakah mungkin ada kesepakatan rahsia antara kerajaan Arab Saudi dan Rejim Zionis Israel?

Perlu diketahui bahawa setahun setengah sebelum terjadinya perang Gaza, Arab Saudi akan membina jambatan yang menghubungkan kedua-dua negara ini dari Ra 's Al-Sheikh Hamid, Arab Saudi hingga Sharm Al-Sheikh, Mesir. Kenyataan ini pada ketika itu juga dipandang tegas oleh Rejim Zionis Israel.

Tegasnya kenyataan Israel ini dapat dibaca dalam penulisan yang dimuatkan dalam Laman Debka bahawa pembinaan jambatan itu dapat mencetuskan perang yang lebih besar di Timur Tengah. Alasan perang tahun 1967 antara Arab dan Israel dibesar-besarkan agar para pegawai Arab Saudi akan menarik balik keputusannya itu. Jambatan sepanjang 50 kilometer itu dijangka bernilai 3 bilion dolar dan dirancang akan siap selama tiga tahun.

Hampir dua tahun dan peletakan batu pertama dilakukan, namun sehingga kini tidak ada maklumat baru mengenai kemajuan projek ini. Tindakan kejam tentera Rejim Zionis Israel dan sikap berdiam diri Arab Saudi menyaksikan kebiadaban rejim ini membuat dunia bertanya-tanya.

Kenapa pejabat Arab Saudi dan para pemimpin Arab membuat sikap berdiam diri ketika tentera Israel melakukan kebiadaban terhadap bangsa tertindas Palestin? Adakah ianya sebahagian daripada perjanjian rahsia Arab Saudi dan Israel dalam masalah projek jambatan pulau Tiran?

Lebih-lebih lagi setelah sejumlah pengkaji menyebut-nyebut adanya sumber minyak di pulau Tiran dan Sanafir. Waktu itu jugalah yang akan menjawab apa sebenarnya di sebalik kemungkinan perjanjian rahsia antara pengkhianat dan munafik umat Islam dengan Rejim Zionis Israel.

Apabila menulis surat kepada Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyah, Pemimpin Besar Revolusi Islam, Ayatollah Al-Udzma Sayyid Ali Khamenei mengatakan; "Para pengkhianat Arab juga harus tahu bahawa nasib mereka tidak akan lebih baik daripada orang-orang Yahudi dalam perang Ahzab", sambil menyebut ayat ke-26 surat Al-Ahzab yang berbunyi, "dan dia menurunkan orang-orang Ahli Kitab (Bani Quraizhah) yang membantu golongan-golongan yang bersekutu dari benteng-benteng mereka, dan dia memasukkan rasa takut ke dalam hati mereka. Sebahagian mereka kamu bunuh dan sebahagian yang lain kamu tawan.

Thursday, May 10, 2012

Bangsa Cina dan Melayu

Sejarah awal Srivijaya adalah kabur. Catatan China dari Sejarah Negeri Liang menyatakan kewujudan sebuah kerajaan kuno bernama Kantoli disyaki berpusat di kawasan antara Jambi dan Palembang, dan dipercayai merupakan pendahulu Srivijaya.
 
Ahli sejarah China, Shenyao (414-512) dalam bukunya Sung Shunya (Sejarah Awal Sung) ada menyebut tentang satu utusan dari negeri "Ho-Lo-Tan" yang dihantar oleh Raja "Shih-li-pi-cho-yeh" pada tahun 434 masihi, satu nama yang sangat mirip dengan sebutan "Srivijaya". Sejarawan moden berbeza pendapat tentang kedudukan sebenar "Ho-Lo-Tan", namun kajian lanjut menunjukkan ia terletak di Semenanjung Tanah Melayu. Pendapat ini disokong oleh sarjana Belanda, Ir. J.L Moens, sarjana Jepun, K. Takakuwa dan sarjana Jerman, Hermann Schlegel yang mengaitkannya dengan negeri Kelantan tua.

Dalam tulisannya pada tahun 1937, Moens berpendapat Kelantan menggunakan nama "Sri Vijaya" tidak lama selepas tahun 666 masihi. Menurut Coedes, oleh kerana telah menjadi amalan biasa di rantau ini pada zaman dahulu di mana Raja yang memerintah menamakan kerajaannya bersempena namanya, berkemungkinan besar nama Raja "Shih-li-pi-cho-yeh" ini merupakan asal-usul nama kerajaan yang muncul ratusan tahun kemudian (abad ke-7) di Sumatera.

Pada tahun 671 masihi, I-Tsing melawat bandar Bogha (Palembang) dan menetap di sana selama 6 bulan untuk mempelajari tatabahasa Sanskrit dan Bahasa Melayu. Dari Palembang, beliau melawat pula negeri Mo-Lo-Yu yang menurutnya terletak 15 hari pelayaran dari Bogha. Dari catatan I-Tsing, nama negeri Mo-Lo-Yu baru bertukar menjadi Sribogha ketika beliau melawatnya. Keterangan I-Tsing dilihat konsisten dengan beberapa catatan batu bersurat yang menunjukkan empayar Srivijaya dibentuk pada abad ke-7.

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Srivijaya