Monday, February 28, 2011
Melaka; Ganas nyerr
Pasal dapat Adun baru, orang Merlimau tak da rasa nak buat perubahan?
Tapi elakkan la buat kejutan macam ni..siap dengan bakar pentas, pecahkan cermin kereta..lepas ni mesti ada sampai tumbuk menumbuk ni..aku tungguuuu..
Semangat Tuah.. orang Melaka la katakan..tapi apa pandangan generasi sekarang terhadap Tuah dan Jebat?
Cuba-cubalah tukar angin..tak rugi satu sen pun..malah untung yang berpanjangan.
Tak teringin ke atau da tak minat kat Islam lagi?
Harap lepas ni diorang tak bakar masjid pulak..ganas nyerr..
Lagi perbuatan khianat, cermin kereta dipecah
Dari: Malaysiakini
Kempen pilihan raya kecil dewang undangan negeri Merlimau terus dicemari perbuatan khianat. Jika semalam, sebuah pentas berdekatan bilik operasi DAP yang didirikan oleh parti itu untuk satu majlis anjurannya yang dijadualkan pada 4 Mac ini dibakar, hari ini cermin belakang kereta seorang penduduk pula dipecahkan. Kereta itu diletak di hadapan bilik operasi DAP di pekan Merlimau. ADUN Ayer Keroh dari DAP Khoo Poay Tiong berkata beliau percaya kejadian berlaku sekitar jam 1 pagi hingga 5 pagi ini. Sehubungan itu, beliau menasihatkan penduduk berkenaan yang bukan ahli DAP membuat laporan polis. Dalam kejadian semalam, permaidani pentas DAP musnah tetapi bahagian lain pentas tetap utuh kerana ia diperbuat daripda keluli. Sebuah botol kosong dengan kesan petrol juga ditemui pada tempat kejadian.
Sunday, February 27, 2011
Pengkhianatan Muawiyyah
«إِذَا بُويِعَ لِخَلِيفَتَيْنِ فَاقْتُلُوا اْلآخِرَ مِنْهُمَا»
Jika dibaiat dua orang khalifah maka bunuhlah yang terakhir dari keduanya. (HR Muslim)
Makna Hadis dan Faedahnya
Hadis ini mengandung pengertian, jika dibaiat dua orang khalifah, maka orang yang dibaiat lebih akhir harus dibunuh. Baiat atas orang yang pertama haruslah baiat yang sah secara syar‘ie. Orang kedua, baik ia mengetahui adanya baiat pertama yang sah itu ataupun tidak, disuruh menanggalkan baiatnya dan segera membaiat Khalifah yang sah itu. Jika ia menolak, kata as-Suyuthi, ia harus diperangi meski sampai ia harus dibunuh; kecuali jika ia mengumumkan pembatalan baiat atas dirinya, berhenti dari merobek kesatuan kaum Muslim dan memecah jamaah mereka, berhenti menentang khalifah yang sah, dan segera memberikan baiat taat kepadanya.
Hadis ini memerintahkan Daulah Khilafah. Kaum Muslim hanya boleh memiliki seorang khalifah dan satu Khilafah. Haram diakadkan baiat kepada dua orang, apalagi lebih. Ibn Hazm menuturkan, kaum Muslim di seluruh dunia tidak boleh memiliki dua orang imam/khalifah, baik keduanya saling sepakat ataupun berselisih, di dua tempat berbeza atau di tempat yang sama. Imam an-Nawawi berkata, “Para ulama telah bersepakat bahwa tidak boleh diakadkan baiat kepada dua orang khalifah pada satu masa, baik wilayah Negara Islam itu luas ataupun tidak.”.
Gambaran tentang kejayaan dan kemuliaan umat Islam ini telah hilang dari minda kebanyakan kaum muslimin ketika ini. Ini kerana zaman kejayaan dan kemuliaan mereka wujud ketika mereka masih hidup dalam naungan Negara Islam yang menerapkan Sistem Islam.
Satu-satunya generasi yang sempat menyaksikannya adalah generasi yang hidup pada zaman Khilafah Uthmaniyyah.
Merekalah satu-satunya generasi yang mempunyai kesempatan untuk menyaksikan sisa-sisa kebesaran umat Islam yang hidup dalam naungan Negara Islam. Kemuliaan umat Islam dalam naungan Negara Islam itu bukanlah catatan sejarah dan angan-angan semata-mata. Ini kerana bukti-buktinya benar-benar ada dan memenuhi ruangan sejarah selama 13 abad.
Ketika ini, orang Islam yang mempunyai akal sihat akan merindui semula kejayaan dan kegemilangan Islam serta kemuliaan mereka di bawah naungan Negara Islam. Oleh itu, pemahaman yang benar dan jernih terhadap realiti tersebut akan meningkatkan keyakinan umat ini untuk meraih semula kemuliaan dan kejayaannya. Berikut saya lampirkan serba sedikit untuk tatapan umum:
570M
1. Kekalahan Abrahah didalam percubaannya untuk memusnahkan Kaabah.
2. Kelahiran Muhammad( SAW), bapa baginda Abdullah meninggal dunia sebelum kelahiran Nabi. Ibu baginda, Aminah meninggal dunia ketika Nabi berumur 6 tahun.
594M
Muhammad (SAW) berkahwin dengan Khadijah.
610M
1. Muhammad (SAW) dilantik menjadi Rasul (utusan) Allah.
2. Memulakan fasa Dakwah Pertama: Membina para sahabatnya dan penganut Islam yang baru secara rahsia dirumah Al-Arqam.
613M
Memulakan fasa Dakwah Kedua dan berinteraksi diantara orang Islam dengan orang kafir.
619M
Israk dan Mi’raj berlaku. Mencari Nusrah (perlindungan) dalam rangka menerapkan Islam daripada orang yang memiliki pengaruh serta kekuatan dan suku-suku,kaum dengan syarat mereka memeluk Islam.
621M.
1. Fasa Dakwah ketiga: Mendapat Baiah Aqabah pertama: Rasulullah SAW telah diberi baiah oleh suku al-Aus dan Al Khazraj yang berasal dari Yathrib (Madinah)
2. Muhamad mengirim Mu’sab bin Umair ke Yathrib untuk mengajarkan Islam kepada suku tersebut.
3. Sebahagian besar penduduk Madinah memeluk Islam.
622M
1. Baiah Aqabah kedua: Rasulullah SAW telah menerima penyerahan pemerintahan Madinah dari Al-Aus dan Al Khazraj. Baiah Aqabah kedua ini diberikan oleh 73 lelaki dan 2 wanita. Mereka memberikan Rasulullah baiah untuk memeluk Islam dan memberi perlindungan kepada Rasulullah.
2. Perintah untuk berhijrah dikeluarkan oleh Rasulullah kepada para sahabat. Quraisy merancang membunuh baginda, tetapi gagal dan baginda berjaya melakukan hijrah.
622M/1 HIJRAH
Negara Islam ditegakkan di Madinah
622-32M
1. Rasulullah SAW sebagai ketua negara Islam Pertama.
2. Mempersaudarakan kaum Ansar dan Muhajrin
Menubuhkan masjid sebagai pusat pentadbiran agama dan politik
Menandatangi ‘Wathiqah Madinah (piagam Madinah) antara kaum Muslimin dengan orang kafir dan Yahudi Madinah.
624M
Peperangan Badar: Islam dan kaum muslimin menang, 313 kaum muslimin berhadapan dengan 1000 kaum kafir. Peperangan yang paling penting dalam sejarah Islam.
625M
Peperangan Uhud: pihak kaum muslimin kalah. Sebahagian dari tentera Islam mengengkari salah satu dari perintah Rasulullah dan meninggalkan posisi penting dimedan perang. Rasulullah sendiri tercedera.
627M
Peperangan Khandak(al Ahzab): Islam telah menang. Selepas peperangan ini pihak Quraisy tidak mampu untuk melancarkan serangan terhadap orang Islam.
628M
1. Peperangan Bani Quraidah: Islam telah menang.
2. Perjanjian Hudaybiyah: Perjanjian damai dengan tempoh masa 10 tahun yang dimeteri oleh kaum muslimin dengan Quraisy. Langkah bijak politik Rasulullah.
3. Titik perubahan dalam sirah
4. Peperangan Khaibar: Islam telah menang
629M
Peperangan Mu’tah: perang antara Islam dengan Rom yang pertama.
630M
1. Pembebasan Mekkah:selepas pihak quraisy melanggar perjanjian damai Hudaybiyah.
2. Peperangan Hunain: Islam telah menang
3. Peperangan Ta’if: Islam Menang
4. Pepreangan Tabuk: Rom berundur.
631M
1. Tahun Deligasi
2. Suku arab yang lain di Semenjung Arab memberikan baiah mereka kepada Rasulullah
632M
1. Haji perpisahan:100, 000 kaum muslimin menghadirnya.
2. Rasulullah mempersiapkan bala tentera Usamah bin Zaid untuk menyerang Rom.
3. Rasulullah SAW wafat.
632-661M / 11-13H
Khalifah Abu Bakar As Siddiq
632M
1. Para sahabat melantik Abu Bakar sebagai Khalifah.
2. Meneruskan misi Usamah bin Zaid.
3. Abu Bakar memerangi golongan murtad dan suku Arab yang enggan membayar zakat.
633M
1. Peperangan Yamamah: Islam berjaya membebaskan selatan Syria.
2. Penaklukan Al-Hirah di Iraq.
3. Pengumpulan Al Quran, Al Quran dibukukan yang diketuai oleh Zaid bin Thabit.
634M / 13H
1. Peperangan Ajnadin di Palestin.
2. Abu Bakar meninggal dunia.
634-644M / 13-23H
Khalifah Umar bin Al Khattab.
636M
1. Barah dan Ba’labak dibebaskan.
2. Damsyik dan Hims dibebaskan.
637M
1. Syria dan Jordan dibebaskan
2. Peperangan Yakmuk yang dipimpin oleh Khalid bin Al Walid.
3. Bandar Al Kufah dibina.
638M
1. Iraq dibebaskan
2. Peperangan Al Qadissiyah
3. Jerusalam dibebaskan secara aman
4. Peperangan Jalula: Parsi dikalahkan
5. Banyak lagi kota-kota Syria dibebaskan.
639M
1. Penyusunan kalendar Hijrah
2. Para sahabat mengesyorkan permulaannya didasarkan kepada peristiwa yang paling penting dalam sejarah Islam, iaitu penghijrahan Rasulullah dari Madinah untuk mendirikan Negara Islam.
640M
Kawasan di Iraq dan Syria yang masih tinggal dibebaskan.
641M
Qaysariyyah dibebaskan.
642M
1. Mesir dibebaskan.
2. Kaum Yahudi berpindah dari negara Arab ke Syria.
643M
1. Empayar Parsi runtuh dan Iran dibebaskan
2. Peperangan Nahawand.
644M / 23H
1. Tripoli (libya) dibebaskan
2. Azerbajian dibebaskan
3. Hamazan dibebaskan
4. Asfahan dibebaskan
5. Umar dibunuh oleh seorang Majusi.
644-656M / 23-35H
Khalifah Uthman bin Affan.
648M
1. Syapur dibebaskan
2. Tripolitania dibebaskan
652M
Khurasan dan Naisapur dibebaskan.
653M / 35H
Uthman dibunuh di Madinah.
656-661M
Khalifah Ali bin Abi Talib.
658M
Peperangan Jamal: Peperangan antara Khalifah Ali dengan penentangnya.
659M
Peperangan Siffin, perang antara Khalifah dengan Muawiyah.
660M
Peperangan Nahrawan:peperangan untuk menentang golongan Khawarij.
661M / 40 H
Ali dibunuh di Kufah
Al Hasan bin Ali, dilantik sebagai Khalifah dan mengundur diri selepas enam bulan.
661-750M / 41-132H
Al Khulafa Al Umawiyyun.
661-680 M / 41-60H
Khalifah Mu’awiyah bin Abi Sufyan.
661 M
Mu’awiyah menjadi khalifah selepas Al Hasan memberikan Baiahnya.
663 M
Burqaha (Libya) dan Kuwar (Sudan) dibebaskan.
663-671M
Kebanyakan negeri di Asia ditakluki.
680-683 M
Khalifah Yazid bin Mu’awiyah
683-683 M
Khalifah Mu’awiyah bin Yazid
683-692 M / 64-73 H
Abdullah bin Zubayr menjadi khalifah. Dia dibunuh oleh golongan Umawiyyah juga.
683-692 M
Khalifah Marwan bin Hakim
691 M / 72 H
Kubah Batu (Dome of the rock) dibina di Jerusalam
692-705 M
Khalifah Abd. Malik bin Marwan
696-705 M
Banyak bandar Rom dibebaskan
698-703 M
Keseluruhan utara Afrika dibebaskan
705 M
Turkistan dibebaskan
705-715 M
Khalifah Al Walid bin Abd Malik
706 M
1. Perluasan Masjid Nabawi
2. Pembebasan Bukhara dan tempat lain.
711 M
Andalusia dan sebahagian Perancis dibebaskan
712 M
1. Sind dan Punjab (India) dibebaskan
2. Khawarizm dan Samarqand dibebaskan.
713 M
Kabul (Afghanistan) dibebaskan
715 M
Tus dibebaskan
715-717 M
Khalifah Sulaiman bin Abd. Malik
1. Imam Zayd bin Ali (700-742 M)
2. Imam Abu Hanifah (700-768 M)
3. Imam Ja’afar (700- 768 M)
4. Ibn Ishaq (708-774 M)
5. Imam Malik (713-797 M)
717-720 M
1. Khalifah Umar bin Abd Aziz.
2. Kemiskinan sifar di negara Islam.
720-724 M
Khalifah Yazid bin Abd Malik
732 M
Pertempuran Balat As Syuhada di tengah Perancis. Islam dikalahkan
743-744 M
Khalifah Al Walid bin Abd Malik
744-744 M
Yazid bin Al Walid
744-744M
1. Khalifah Ibrahim bin Al Walid.
2. Penerjemahan buku-buku Hellenistic (falsafah Yunani) ke bahasa Arab. Ini mengakibatkan lahirnya golongan Mutakalimin, seperti Mu’tazilah, Jabariyyah, Ahlusunnah dan lain-lain.
744-750 M
Khalifah Marwan bin Muhammad.
755 M
Abd Rahman Ad Dakhil memulakan pemerintahan di Andalusia.
750- 1517 M / 132-923 H
Al Khulafa Al Abbasiyyah
750-754 M
Khalifah Abu Al Abbas As Saffah, memerintah dari Kufah
754-775 M
Khalifah Jaafar Al Mansur
756-766 M
Pembinaan Kota Baghdad
755-785 M
Khalifah Al Mahdi
1. Imam Syafie (767-820 M)
785-786 M
Khalifah Hadi
786-809 M
1. Khalifah Harun Ar Rashid
2. Penaklukan banyak kawasan Rom.
3. Imam Ahmad bin Hanbal (781-856 M)
4. Imam Muslim (meninggal 833M)
809-813 M
Khalifah Al Amin
813-833 M
Khalifah Al Ma’mun
1. Imam Bukhari (816-878 M)
833-842 M
Khalifah Mu’tasim Bi-llah
837 M
1. Khalifah menyahut seruan seorang perempuan Islam yang meminta pertolongan kerana ditawan oleh Rom dan menyelamatkannya.
2. Ammuriyah dibuka 30,000 Rom terbunuh dan 30,000 ditawan.
3. Abu Dawud (824-897 M)
842-847 M
Khalifah Al Mutawakkil Ala-llah
1. An Nasa’I (837-925 M)
861-862 M
Khalifah Al Mutazz Bi-llah
870-892 M
1. Khalifah Al Mutamid Ala-llah
2. Di abad ke-4 hijrah, seruan menutup pintu ijtihad telah terdengar, selepas al Qaffal mengeluarkan fatwa mengharamkan ijtihad. Bagaimanapun, secara rambang masih terdapat ramai mujtahid dalam Negara Islam.
3. Imam At Tirmizhi (meninggal 918M)
892-902 M
Khalifah Al Mu’tadid Bi-llah
899 M /264 H
Kemunculan golongan Qaramira, yang dihancurkan pada 458H
1. Imam At Tabrani (meninggal 932 M)
902-908 M
Khalifah Al Muqtadir Bi-llah
913 M / 301 H
Al Hamra Qars (Istana Al Hambra) dibina di Sevile, Andaslusia.
930 M /317 H
Qaramita menyerang Makkah ketika musim haji dan melarikan Hajar Aswad.
933-934 M
Khalifah Al Qadir Bi-llah
934-940 M
Khalifah Al Muttaqi Bi-llah
944-945 M
Khalifah Al Muti’ Li-llah
947 M/ 336 H
Sayad Dawlah mendirikan pemerintahan Hamadiyin di Allepo.
969 M
Kota Kaherah dibina.
970 M-972 M
1. Al Mu’iz membina Universiti Al Azhar untuk menyebarkan fahaman Fatimiyah.
2. Salahuddin Al Ayubbi kemudian membersihkan Al Azhar dari fahaman tersebut.
974 M- 991 M
Khalifah At- Ta’I Li-llah
987 M /377 H
Masjid agung Cordova dibina.
996- 1031 M
Khalifah Al Qadir Bi-llah
996M-1021 M
Al Hakim Bi-Amri memerintah Mesir
1. Imam bin Hazm (994-1064 M)
1031 M- 1074 M
Khalifah Al Qa’im Bi Amri-llah
1037 M / 429 H
Kaum Saljuk diketuai oleh Tughril menakluki Khurasan
1046 M /489 H
Pope Urban II memulakan perang salib pertama.
1060 M
Kepulauan Sicily dibebaskan
1070 M
Alb Arsalan dikalahkan oleh Rom. Rajanya ditawan dan dibebaskan setelah membayar tebusan
1074 M-1094 M
Khalifah Al Muqtadi Bi-Amri-llah
1090 M / 483 H
Permulaan kumpulan Al Batiniyyah, dihapuskan pada 1256M
1094-1118 M
Khalifah Al Mustazhir Bi-llah
1099 M
1. Kumpulan al Batiniyyah muncul di Affahan.
2. Kaum salib menguasai Jerusalam dengan pertolongan Fatimiyyah.
1107-1108 M
Kaum Salib menakluki sebahagian Tripoli(Syria)
1109 M
Yusof bin Tasfin Al Babar mengalahkan kaum Salib di Andaslusia
1. Imam Sarkasyi (meninggal 1112M)
1118-1135 M
Khalifah Al Mustarsyid Bi-llah
1135-1136 M
Khalifah Ar Rashid Bi-llah
1136-1160 M
Khalifah AL Muqtafi Li Amri-llah
1148 M
Khayr Ad Din Zinki mengalahkan kaum Salib berhampiran Damsyik.
1160-1170 M
Khalifah Al Mustajid Bi-llah
1169-1179 M
Khalifah Al Mustadhi Bi-Amri-llah
1171 M
Salahuddin Al Ayyubi membina tembok bandar Kaherah
1. Ibn Asakir (meninggal 1193M)
1179-1225 M
Khalifah An Nasir Li Dini-llah
1187 M
Salahuddin Al Ayyubi mengalahkan kaum Salib di Hittin (Palestin), Al Quds (Jerusalam) dan Syria dibebaskan
1193 M
Salahuddin Al-Ayyubi meninggal dunia
1. Ibn Rusyd (meninggal 1217 M)
1219 M
Kaum Salib menawan Dumiat (di Mesir)
1220 M
Genghis Khan (Tatar) menawan Turkistan, Bukhara, Samarqand dan Khurasan.
1221 M
Al Malik Al Kamil membebaskan Dumiat.
1225-1226 M
Khalifah Az Zahir bi-Amri-llah
1. Imam Ar-Razi (meninggal 1228M)
1226-1242 M
Khalifah Al Mustansir Bi-llah
1229 M/ 626 H
Kaum salib menawan Jerusalam buat kali kedua
1. Ibn Qudamah (meninggal 1242 M)
1242-1258 M
Khalifah Al Mutasim Bi-llah
1244 M/ 642 H
Jerusalam dibebaskan kembali.
1249 M / 647 H
Kaum salib melancarkan serangan kali ketujuh dan terakhir, diketuai oleh Louis 7 dan ianya gagal.
1256 M
Kekalahan mutlak kaum al Batiniyah ditangan Tatar.
1258 M
1. Hulaku menawan Baghdad dan membunuh khalifah. Kaum Tatar membunuh 1.6 juta orang Islam. Dua pengkhinat iaitu Ibn Al Alqami dan Nasiruddin at Tusi membantu kaum tatar.
2. Titik ke arah perubahan yang lebih parah terhadap intelektual Umat Islam yang memang telah merosot.
3. Ketiadaan khalifah selama 3.5 tahun.
4. Al Malik Al Muzaffar Qutuz (dari Mesir) mengalahkan kaum Tatar di Ayn Jalut (palestine)
5. Imam An Nawawi (1223-1277M)
1261-1262 M
Al Mustansir Bi-llah, khalifah terakhir di Baghdad.
1262-1301 M
Khalifah Al Hakim Bi-Amri-llah 1
1262 M
Kebanyakan kumpulan kaum Tatar memeluk Islam.
1265 M
1. Ibn Ahmar menawan kembali 32 bandar di Andaslusia.
2. Hulaku, raja Tatar meninggal dunia.
1281 M
1. Al Malik Al Mansur Qalawun(dari Mesir) mengalahkan kaum Tatar di Syria.
2. Sultan Qalawun membebaskan Syria dari kaum Salib selepas 150 tahun.
1293 M
Islam tersebar dikalangan tentera Tatar.
1299-1326 M
Uthman 1, Sultan Uthmaniyyah yang pertama. Dia berperang melawan Rom.
1. Ibn Taymiyyah (1263-1328M)
1301-1329 M
Qurkhan 1, Sultan Uthmaniyyah yang kedua. Dia menakluki Asia kecil (Turki)
1. Ibn Katsir (meninggal 1373 M)
2. Ibn Qayyim Al Jauziyyah (meninggal 1350 M)
1339-1341 M
Khalifah al Wathiq Bi-llah II
1341-1352 M
Khalifah Al Hakim Bi-Amri-llah II
1352-1362 M
Murad I, Sultan Uthmaniah yang ketiga.
1352-1362 M
Khalifah Al Mu’tadhid Bi-llah pertama
1361 M
Murad membebaskan Adranah
1362-1377 M
Khalifah Al Mutawakkil Ala-llah (pengangkatan pertama)
1365-1405 M
Taimurlink (Monggol) memulakan peperangan terhadap kaum muslimin.
1377-1377 M
Khalifah Al Mu’tasim.
1377-1386 M
Khalifah Al Wathiq Bi-llah II
1389 M
Peperangan Kosovo,Murad mengalahkan Serbia (Yugoslavia)
1389-1401 M
Ba-Yazid I, Sultan Bani Uthmaniyah Ke-4
1393 M
1. Bulgaria dibebaskan oleh Ba-Yazid
2. Perancis dan German dikalahkan .Taimurlink menakluk Baghdad, pertama kali.
1401 M
1. Taimurlink menakluk Baghdad, kali kedua.
2. Taimurlink menakluk sebahagian Syria.
1402 M
1. Taimurlink menakluk Ankara, Ba-Yazid tertawan.
2. Ba-Yazid dibebaskan, banyak kawasan kaum muslimin dibebaskan semula.
1403-1421M
Khalifah Al Must’in Billah.
1421-1451 M
Murad II, sultan Uthmaniyah keenam.
1422-1428 M
Murad menakluk semula kawasan yang ditakluk oleh Taimurlink.
1. Ibn Hajar (meninggal 1474M)
1430-1441 M
Khalifah Al Mustadhid Bi-Llah II
1431 M
Albania ditakluk oleh Murad II
1441-1450 M
Khalifah AL Qa-im Bi-Amri-llah
1451-1481 M
Muhammad II, Sultan Uthmaniyah ketujuh.
1453 M/ 857 H
Constaninople (Istanbul) dibebaskan oleh Muhammad II, yang kemudian mendapat gelaran Al Fatih yang bererti Sang pembebas.
1458-1460 M
Serbia (Yugoslavia) dibebaskan.
1459-1479 M
Khalifah Al Mustanjid Bi-llah
1462 M
Bosnia (Yugoslavia) dibebaskan
1479-1497 M
Khalifah Al Mutawakil Ala’-llah II
1480 M
Sebahagian kepulauan Greek ditakluki oleh Muhammad Al Fatih
1481-1512 M
Ba-Zayid II, Sultan Uthmaniyyah kelapan
1492 M
Kejatuhan Granada dan Inquisisi Sepanyol pemerintah Islam sepanyol ditamatkan.
1497-1508 M
Khalifah Al Mustansik Bi-llah (pengangkatan pertama)
1508-1516 M
Khalifah Al Mutawakil Ala-llah III
1512-1520 M
Salem I, Sultan Uthmaniyyah kesembilan
1514 M
Tabriz (iran) ditakluk, Shah Ismail dikalahkan.
1516 M
Peperangan Marj Dabiq Syria ditakluki oleh Bani Uthmaniyah
1516-1517 M
Khalifah Al Mutawakil Ala-Bi-llah III
1517-1924 M/ 923-1349 H
Al Khulafah Al Uthmaniyyah
1517 -1520 M
Khalifah Salem I
1517 M
1. Al Mutawakil meletakkan jawatan khalifah untuk Salem I
2. Peperangan Al Ahram Mesir ditakluk oleh Uthmaniyah..
1520-1566 M
Khalifah Salem II
1521 M
1. Belgrade (Yugoslavia) ditakluk.
2. Gereja terbesar telah telah diubah menjadi masjid dimana Khalifah Sulaiman mendirikan sembahyang Jumaat.
1522 M
Rhodes ditakluki
1526 M
Buda(sebahagian Hungari) dibuka, Raja Louis telah terbunuh.
1527 M
Ausria menawan Buda.
1529 M
1. Buda ditakluk semula, Ausria berundur.
2. Vienna dikepung tanpa ditawan.
1532 M
Algeria dibebaskan oleh Uthmaniyah daripada Sepanyol.
1534 M
1. Tabriz ditakluki semula.
2. Uthmaniyah memerintah Baghdad.
1535 M
1. Tunisia dibebaskan oleh Uthmaniyah daripada Sepanyol.
2. Pulua Greek ditakluk.
1539 M
Perdamaian dengan Ausria yang bersetuju untuk membayar jizyah.
1541 M
Pest (sebahagian Hungari) ditakluki khalifah Islam. Raja Ausria berundur.
1543 M
Niche (selatan Perancis) dibebaskan
1549 M
Sulaiman meminta Ibrahim Al Halabi untuk menulis sebuah buku berkenaan perundangan Islam yang bertajuk Ultaqa al-Ablur. Kemudian dia mendapat gelaran Sulaiman Al Qanunni.
1560 M
Tentera laut Uthmaniyah mengalahkan Sepanyol di Jerba.
1565 M
Pulau Malta dikepung.
1566 M
Szegeh (Hungari) ditakluk
1566-1574 M
Khalifah Saleem II
1568 M
Ausria bersetuju untuk meneruskan pembayaran jizyah.
1571 M
1. Pulua Cyprus ditakluki.
2. Pope berusaha untuk mengabung Venice dan Sepanyol untuk menawan semula Cypus.
1572 M
Sepanyol menawan Tunisia
1573 M
1. Perdamaian dengan Venice.
2. Cyprus kembali semula kepangkuan Islam dan Venice terpaksa membayar denda ketenteraan.
1574-1595 M
Khalifah Murad III
1575 M
Polania memilih untuk tinggal dibawah perlindungan Khalifah Islam.
1577 M
Kargstan ditakluk.
1578 M
1. Portugis menyerang Maghribi.
2. Maghribi dibebaskan dari Portugal.
1583 M
Taghistan dibebaskan.
1590 M
Sharwan, Luristan dan Azerbaijan dibebaskan secara aman.
1595-1603 M
Khalifah Mehnet III
1596 M
Orlo (hungari) dibebaskan, Ausria kalah.
1603-1617 M
Khalifah Ahmad I
1617-1618 M
Khalifah Mustafa I
1618-1622 M
Khalifah Uthman II
1622 M
Golongan Inkishari (tentara khas) menjadi terlalu kuat dalam pengaruhnya dan mula mengubah khalifah mengikut kehendak mereka.
1622-1623 M
Khalifah Mustafa I
1623 M
Shah Abbas menawan Baghdad.
1625 M
1. Buat kali pertama kalinya mubaligh Kristian berada di Lebanon dan meracuni pemahaman umat Islam terhadap Islam.
2. Serangan mubaligh Kristian bermula.
1623-1640 M
Khalifah Murad IV
1635 M
Tabriz ditakluki semula oleh Khalifah.
1638 M
Baghdad ditakluk semula oleh khalifah.
1640-1648 M
Khalifah Ibrahim I
1645 M
Pulua Crete ditakluk semula.
1648-1687 M
Khalifah Mehmet IV
1663 M
Kota Neohazed (Ausria) ditakluk.
1672 M
1. Limburg ditakluk buat jangka yang singkat.
2. Polania dikalahkan dan bersetuju untuk membayar jizyah.
1683 M
Vienna dikepung untuk kali terakhir, kebanyakan kotanya berjaya dibuka tetapi Pope telah menyeru kepada negeri Eropah untuk membantu Ausria dan berakhirnya mereka berjaya mengalahkan kaum muslimin.
1686 M
Ausria, Polania, Vience, Malta, Rusia dan Pope telah membuat perjanjian suci dan berjaya merampas semula Budapest dan Neohazel.
1687-1691 M
Khalifah Sulaiman II
1688 M
1. Samandriah, Qlubaz dan Belgrade terlepas ketangan musuh.
2. Kaum muslimin hilang kawalan ke atas bandar Udine dan Niche di Eropah.
1690 M
Samadriah, Belgrade, Urdine dan Niche dirampas semula.
1691-1695 M
Khalifah Ahmad II
1695-1703 M
Khalifah Mustafa II
1711 M
Khalifah Mustafa mengepong Tzar Russia tetapi panglima tentara melakukan pengkhinatan kerana wang dan membebaskan Tzar dengan satu perjanjian.
1730-1754 M
Khalifah Mahmud II
1737 M
Russia dan Ausria dikalahkan oleh Islam
1739 M
Perjanjian Belgrade dengan Rusia dan Ausria, Belgrade dan banyak kawasan lain diserahkan kepada negara Islam.
1754-1757 M
Khalifah Uthman III
1757-1773 M
Khalifah Mustafa III
1771 M
Armada laut Rusia ditumpaskan oleh armada laut Islam
1773-1789 M
Khalifah Abd Al Hamid I
1774 M
Rusia mengalahkan kaum muslimin, perjanjian damai telah ditandatangani.
1784-1787 M
Rusia dan Ausria merampas banyak kawasan dari tangan Islam.
1789 M
1. Ausria menawan Belgrade dan Serbia.
2. Rusia menawan banyak bandar
1798-1799 M
Napoleon Bonaparte menawan Mesir dan membawa masuk kebudayaan Perancis.
1801 M
1. Napoleon ditundukkan di Akka(palestin)
2. Napoleon tumpas di Iskandariah dalam peperangan Laut Abu Qir.
3. Perjanjian damai dengan Perancis.
1804 M
Tentara Rasmi Uthmaniyah dibentuk, disamping pasukan Inkishari.
1806 M
Rusia dan Britain menyerang negara Islam.
1807 M
1. Britain tumpas setelah mengepung Bosporus.
2. Muhammad Ali mengalahkan Britain di Rashid. Britain berundur dari Mesir secara keseluruhan.
3. Perjanjian damai diantara Perancis dan Rusia untuk berhadapan dengan Negara Islam.
1817 M
Serbia keluar dari negara Islam.
1826 M
1. Kegagalan Revolusi Greek.
2. Athen ditakluki
3. Pasukan Inkishari dibubarkan, hanya tentera rasmi mengantinya.
1828 M
1. Negara Eropah membantu Greek untuk memisahkan diri dari Negara Islam.
2. Rusia menyerahkan semula banyak kawasan Islam setelah menandatangani satu perjanjian damai.
1830 M
1. Perancis menawan Algeria.
2. Khalifah mula mengambil perundangan Eropah.
1867 M
Serbia bebas dari pengaruh negara Islam. Tentera Islam meninggalkan Servia secara keseluruhan.
1869-1879 M
Terusan Suez dibina oleh Perancis.
1876 M
1. Revolusi Bulgaria tercetus dengan bantuan Rusia tetapi gagal.
2. Serbia menyerang tentera Islam dengan bantuan Rusia. Islam mengalahkan mereka dan merampas Bulgaria dan keseluruhan Serbia.
1877 M
1. Rusia dan Romania dikalahkan selepas mereka menyerang orang Islam.
2. Rusia dan Hungari menawan Pleven (utara Bulgaria)
3. Rusia dikalahkan dan Kaisar dibebaskan,
Rusia telah tumpas sebanyak enam kali.
1878 M
1. Rusia menawan Sofia, Pleven dan Edrine (turki)
2. Perjanjian damai dengan Rusia.
3. Bulgaria dan Serbia mencapai kemerdekaan.
4. Edrine dan lain-lain kawasan orang Islam kembali semula ketangan orang Islam.
5. Britain merampas Cypus.
6. Perjanjian Berlin, pihak Eropah mula membahagikan tanahair Orang Islam.
1909-1918 M
1. Khalifah Mehmet V
2. Khilafah dibawah pengawalan parti Nasionalis Turki..
1911 M
Umat Islam Libya bangun menentang Itali di Tripoli.
1912 M
Peperangan Balkan melawan Greek, Bulgaria dan serbia. Pihak musuh berjaya merampas keseluruhan kawasan Islam di Balkan.
1913 M
Pergerakaan Sanusiyah bermula di Libya untuk menentang penjajahan Itali.
1914-1918 M
1. Peperangan Dunia Pertama : Kaum muslimin kalah dalam peperangan tersebut dan negara Islam semakin kecil.
2. Britain merampas Palestin dan Trans-Jordan.
1916 M
1. As Syarif Husain di Makkah mengkhianati Khalifah dan bersekongkal dengan Perancis dan Britain untuk menentang Khalifah.
2. Persetujuan Sykes-picot oleh kuasa Eropah untuk menguasai tanah air kaum muslimin.
1917 M
Perdana menteri Britain, berjanji akan memberikan orang Yahudi sebuah tanah air di Palestin
1918-1922 M
Khalifah Mehmet VI
1920 M
1. Mustafa Kamal (pengkhianat) mengetuai pemerintah di Turki.
2. Negara Islam dibahagi-bahagikan diantara pihak Bersekutu yang menubuhkan pemerintah Nationalisme Arab dan Turki di semua kawasan yang ditakluki, kebanyakan negeri Umat Islam menjadi koloni. Barat.
1922-1924 M
Khalifah Abd Majid II
1922 M
Kekuasan khilafah dimansuhkan. Abd Majid II tidak ada kuasa lagi
1923 M
Mustafa Kamal mengistiharkan penubuhan Republik Turki dan mengharamkan seruan azan dalam bahasa Arab.
1924 M
1. Ketiadaan Khilafah.
2. Khilafah dimansuhkan secara multak oleh mustafa kamal dengan bantuan penjajah barat, Maka, berakhirnya Negara Islam yang berusia 1,300 tahun.
3. Runtuhnya khilafah.
Dalam penciptaan syurga-syurga dan bumi, dan pertukaran siang dan malam, terdapat tanda-tanda bagi mereka yang memahami: mereka yang mengingati Allah, berdiri, duduk, dan baring atas sisi mereka, dan mengungkap atas ciptaan syurga-syurga dan neraka: “ Tuhan kami, Engkau telah mencipta semua ini tanpa sia-sia. Maha Suci Engkau! Maka hindarkanlah kami daripada azab neraka. (Qur'an, 3:190-191)
Saturday, February 26, 2011
Hishammuddin; betul ke dia gay boy?
Laman Pro UMNO – dengan capaian http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2011/02/gay-minister-in-cabinet-and-johorean.html membuat tuduhan bahawa ada Menteri dari Johor dalam kabinet Najib seorang "gay". Beliau memaparkan gambar yang dihitamkan muka. Namun sekiranya kita google gambar Hishammuddin – gambar yang dipamerkan laman web ini – yang dihitamkan adalah sama dengan gambar yang pernah keluar di www.malaysiakini.com – pada 13 hb Mac 2010 capaian http://www.malaysiakini.com/news/126439
Adakah laman ini sebenarnya menuduh Hishammuddin sebagai seorang menteri GAY. Tuduhan yang amat serius tanpa bukti. Sungguhpun gambar yang dipamerkan oleh penyelia laman ini dihitamkan tetapi melihat gambar asal yang terpapar di Internet menjadikan ianya tuduhan yang serius. Isu sebegini tidak sepatutnya dimainkan.
Laman ini dalam artikel tersebut merujuk bahawa Dr Mahathir membuat ahli kabinetnya Anwar Ibrahim yang dikatakan terlibat dalam tuduhan seks luar tabii dan menyimpulkan bahawa Anwar Ibrahim juga terbabit dalam kes liwat kedua bertanya, sama ada Najib akan mengambil tindakan serupa - menyingkir menteri dari Johor yang dikatanya GAY.
Nilai peranan laman blog sekarang ini khususnya laman ini yang dikatakan mempunyai hits yang amat tinggi.
EDYES wrote: Wahai pak menteri, tolong jangan saman saya melalui blog edyesdotcom. Tujuan penyiaran semula entry yang dipetik dari laman UMNO Reform ini adalah bertujuan untuk mengingatkan pak menteri, bahawasanya kalau nak saman sila saman blog yang lebih tepat. Janganlah tersasar menembak blog ini, jadilah seorang menteri yang 'sharpshooter' supaya blog jahat diheret ke mahkamah. Harap maklum.
Tuesday, February 22, 2011
Konspirasi pembunuhan JWW Birch
azis@bharian.com.my
Tempat tiga pejuang Melayu digantung pada pokok mempelam, Januari 1877 terbiar.
SEPANJANG perjalanan dari Taiping ke Kuala Sepetang (Port Weld), yang jaraknya kira-kira 12 kilometer dari Bandar Taiping, Perak kelihatan banyak pokok besar di sepanjang jalan terutama di kawasan Matang yang mungkin usianya mencecah ratusan tahun.
Pokok besar itu dikatakan ditanam oleh penjajah Inggeris dengan tujuan tertentu, ada yang mendakwa sebagai penanda kawasan laluan, penanda pendudukan kolonial dan ada juga yang mengatakan ia satu daripada kempen alam sekitar.
Laluan darat itu sebenarnya bersebelahan landasan kereta api bersejarah antara Taiping ke Port Weld sejauh 12 kilometer (km).
Di antara puluhan pokok besar itu, ada dua batang pokok besar, setinggi kira-kira 20 meter dan mungkin usianya mencecah hampir ratusan tahun yang terletak di arah bertentangan dengan pokok yang dikatakan ditanam oleh penjajah Inggeris.
Saiz ketinggiannya jika ditebang untuk dijadikan balak, ia boleh dipotong dua balak atau tual iaitu satu tual panjangnya bersamaan dengan saiz lori balak. Ukir lilit dianggarkan lebih satu pemeluk orang dewasa.
Mungkin ramai yang tidak peduli atau tidak tahu, di situlah sebenarnya British menggantung sehingga mati tiga pejuang dan pemimpin Melayu yang disabitkan kesalahan bersubahat dan membunuh Residen Perak yang pertama, James Wheeler Woodford Birch atau JWW Birch di Pasir Salak.
Dato Seri Maharaja Lela, Dato Sagor dan Pandak Indut menghembuskan nafas terakhir di tali gantung yang diikat pada pokok induk mempelam pauh berkenaan.
Ketika berlakunya pembunuhan Birch, Pandak Indut adalah orang pertama yang merejam lembing kepada residen British itu disusuli libasan lembing oleh Si Puntung. Pandak Indut atau nama sebenarnya Ngah Kamdin dan menantunya, Dato Maharaja Lela disabitkan kesalahan bersubahat dalam serangan itu.
Info Pahlawan Melayu tulen
Dato Maharaja Lela
Pandak Indut
Dato Sagor
Info pembunuhan Birch
Wednesday, February 9, 2011
Konspirasi Proses Pengurangan Manusia
Dari: Clark Chronicle
The Bilderberg group
February 9, 2011--They plot our wars. They increase our oil prices. They caused the world economic crash. Many people associate these actions with a group known as the Bilderbergs. According to Jonathan Duffy, a writer for BBC news, the Bilderbergs consist of the world’s most powerful elite leaders — from politics, banking, business, military and media.According to a documentary on the Bilderberg group by former Minnesota Gov. Jesse Ventura, there is a committee of seven men above the Bilderberg group. These seven men make decisions based on what they want to see happen with each country. Deciding which economies flourish and which economies collapse, these industrialists seek to set up a one-world government regulated exclusively by bloodlines, according to the Ventura documentary.
Many questions come to mind when the world’s most powerful men have been conducting meetings since 1954. People become skeptical about the topics discussed in these meetings. Ventura said that one topic among their conversations includes discussing how they can depopulate the world to 500 million people — an amount they can control.
Although just a conspiracy theory, these rumors still give us a reason to be concerned because our health can be at stake. According to author Daniel Estulin, the Bilderbergs contemplate ways they can poison our food and medicine by using the medical system.
According to the Organic Consumers Association, natural medicine advocate Rima Laibow says that the World Health Organization (WHO) believes this world has 90 percent too many people. Laibow says the WHO has been working on vaccines since 1974 to create permanent sterility. For example, some of the H1N1 vaccinations contained an immunizing agent known as squalene, which induces the immune system to attack your own organs.
If these men are indeed plotting a new world order, they must be extremely powerful, but not as powerful as us – the people. What they wouldn’t want us to know is that we have the power to raise our voices and eventually stop their devious plot.
Felda yang untung tetapi bernasib malang
Mungkin dia merasa hebat kerana walaupun mengamalkan rasuah yang diharamkan dalam Islam dan secara terang-terangan juga telah melanggar undang-undang negara ini tetapi tidak ditahan didalam lokap SPRM mahupun PDRM.
Dan dengan berbagai kesalahan yang terpalit di muka nya pun Isa Samad masih berjaya menjawat jawatan Pengerusi Felda. Dr. Zainal yang tak makan rasuah pula hanya sekadar seorang Pengurus Pelaburan di Maybank.
Sesungguh Najib dan isteri telah menghina tahap intelektualiti rakyat Malaysia diatas lantikan Isa Samad sebagai Pengerusi Felda. Sebuah konglomerat yang bertaraf internasional. Orang Melayu tidak akan berani nak berdemo seperti orang-orang di Mesir kerana itu bukan budaya orang Melayu. Itu budaya Pakatan Rakyat.
Beuntung lah para peneroka dan petugas-petugas Felda kerana berketuakan Perasuah Tegar ni...ini la standard pemikiran ahli-ahli parti Bini Najib...malangnyerrrr Felda!
Aku tahu, peneroka dan petugas-petugas di Felda tidak dapat berbuat apa-apa untuk menghalang Isa Samad masuk ke Felda sebagai boss besar tetapi berharap setiap peneroka, petugas Felda dan pihak terlibat yang telah menjadikan Felda berjaya agar kekal beretika dalam bekerja dan tidak terikut-ikut perangai boss besar.
Isa: Hebat sangat ke orang yang buat kritikan?
Dari: MalaysiakiniTan Sri Mohamed Isa Abdul Samad mengambil pendirian tidak menghiraukan kenyataan pihak tertentu yang mempersoalkan pelantikannya sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kerana tidak mahu menjejaskan fokus beliau untuk memajukan Felda.
Beliau berkata, sekiranya diambil serius perkara itu, ia akan menghalang fokusnya untuk membangunkan Felda dan memberikan taraf kehidupan lebih bermakna kepada peneroka di seluruh negara.
Sambil berjanji untuk komited dalam menjayakan agenda yang sudah dirancang untuk membangunkan Felda, beliau berkata: "Bila kita dilantik, biasalah ada yang tak suka, orang tak suka saya dari dulu. Apa sahaja jawatan yang saya pegang...ada sahaja yang tidak suka. Biarlah, saya tetap akan terus majukan Felda."
Mohamed Isa berkata demikian kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini sebagai mengulas dakwaan Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Datuk Dr Zainal Aznam Mohd Yusof, semalam bahawa pelantikannya menerajui Felda adalah suatu yang sedih dan mengakibatkan kebimbangan pasaran.
Beliau mendakwa ini berpunca daripada Mohamed Isa yang terpalit dengan gejala rasuah dan didapati bersalah kerana terbabit dengan politik wang ketika pemilihan parti itu dan digantung jawatannya oleh lembaga disipin Umno pada 2005.
Mohamed Isa berkata, latar belakang individu yang membuat kenyataan juga perlu dilihat sama ada mereka hebat di dalam bidang yang mereka ceburi sehingga boleh membuat kenyataan itu.
"Mereka yang cakap begini biasanya mestilah hebat tapi kita kena tengok rekod mereka, hebat sangat ke sehingga boleh sesuka hati mendakwa itu dan ini... apapun biarlah," katanya.
Mengenai pencapaian Felda, beliau berkata tahun lalu mereka mencapai kutipan jualan keseluruhan tertinggi oleh peneroka sejak 2006 iaitu sebanyak RM1.06 bilion berbanding hanya RM911 juta tahun sebelumnya.
Beliau berkata, Felda pada tahun ini mensasarkan hasil daripada jualan keseluruhan bernilai RM2 bilion.
"Kita juga bangga, daripada 36,000 usahawan yang menghasilkan produk untuk Felda, 33 orang mencatatkan jualan lebih RM1 juta setahun," katanya.
Terdahulu, Mohamed Isa melancarkan program Promosi Produk Usahawan Satu Wilayah Satu Industri Felda di Aeon Jusco di AU2, Setiawangsa, yang bermula semalam hingga Ahad.
Sebanyak 150 produk makanan dan kraftangan hasil daripada usahawan Felda dipamerkan di ruang legar pusat membeli-belah itu sebagai langkah meletakkan produk Felda dalam pasaran pasaraya besar tempatan.
Tuesday, February 8, 2011
Ingat Umno Ingat Zina dan Rasuah.
Manakala, pasangannya Salina Abd Malik, berumur 39 tahun, mempunyai 5 orang anak, berumur dari 19 tahun hingga 9 tahun. Salina, berkerja sebagai pembantu Hotel Habiscus Bunga Raya, Jalan Pudu merangkap Setiausaha KRT.
Berikut saya lampir salinan report polis dan beberapa gambar. Pembetulan, Rosli Alias adalah Timbalan Ketua Cawangan UMNO Pangsa Perdana. Saya sertakan gambar kereta beliau. Hingga kini beliau masih tinggal bersama walaupun telah ditangkap.
Saya kurang arif dengan pangkat Rosli dalam UMNO, kerana kurang terjebak dalam aktiviti UMNO berbanding dengan isteri saya. Saya telah beritahu berkali-kali dengan isteri supaya tumpukan hal ehwal rumahtangga,tetapi tidak pernah di pedulinya, Saya mengakui tersilap pilih jodoh.
Sebenarnya, Rosli suka mencabar Jais, tak tau apa sebabnya. Jadi tanda tanya, sejurus ketika ditangkap, beliau memberi amaran kepada anak perempuan saya 18 tahun,yang beliau telah bayar kepada seorang inspektor di Balai Polis Bukit Puchong. "Aku dah bayar kat inspektor Bukit Puchong". Saya tidak faham apa yang dimadsudkannya.
Bagi tahu pembaca hati hati dengan Pengerusi Rukun tetangga, kerana mereka sepatutnya menjaga ketemteraman awam, tetapi telah rosakkan rumahtangga orang yang telah dibina berpuluh tahun
Siarkan gambar kereta dengan nombor sekali supaya masyarakat boleh memantau.
[HM] KUALA LUMPUR: Seorang isteri berusia 38 tahun terkedu apabila dicekup suami sendiri ketika asyik memadu asmara bersama teman lelakinya di sebuah rumah di Puchong Perdana, dekat sini.
Lebih mengaibkan perbuatan terkutuk wanita itu turut disaksikan anak perempuannya berusia 18 tahun yang mengikuti serbuan bersama beberapa pegawai sebuah masjid di kawasan itu.
Suami wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Razif, 47, berkata ketika serbuan kira-kira jam 2 pagi pada 2 Februari lalu, isterinya yang bekerja di sebuah hotel di ibu negara, berdua-duaan dengan teman lelakinya berusia 49 tahun.
Menurutnya, kereta lelaki terbabit yang diletak di luar rumah turut ditutup nombor pendaftarannya supaya ia tidak dicam jiran sekeliling, sekali gus melindungi perbuatan maksiat mereka.
“Hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaan saya apabila melihat isteri berasmara dengan lelaki itu. Lebih menyakitkan hati, lelaki terbabit turut berlagak samseng apabila mengeluarkan kata-kata kesat kepada saya di hadapan anak perempuan saya,” katanya.
Menurutnya, selepas dicekup isteri dan kekasihnya itu yang juga seorang kakitangan sebuah universiti terkemuka di ibu negara dibawa ke Balai Polis Bukit Puchong untuk tindakan lanjut termasuk merekodkan laporan mengenai tindakan khalwat mereka.
“Sebaik sampai di balai (polis) tanpa rasa malu atau kesal, lelaki itu bertindak berani apabila meluru masuk untuk membuat laporan kononnya dia tidak bersalah dan rumahnya diceroboh.
“Lebih teruk, dia juga sengaja memeluk serta bermesra dengan isteri di depan kami semua bertujuan untuk menaikkan kemarahan saya,” katanya.
Razif berkata, isterinya dipercayai sudah menjalinkan hubungan dengan lelaki itu sejak empat bulan lalu dan dia sebelum ini sudah mengesyaki perkara itu, namun tiada bukti sehingga kedua-duanya tertangkap. “Kami sudah berkahwin selama 20 tahun dan dikurniakan lima anak. Sekarang keluarga serta anak-anak kucar-kacir disebabkan perbuatan isteri saya yang melampau ini,” katanya.
Ahli Jawatankuasa masjid, Harun Nayan yang terbabit serbuan khalwat itu berkata, tiga ahli kariah termasuk imam masjid di situ membuat serbuan selepas menerima aduan suami wanita terbabit yang mendakwa isterinya berdua-duaan dengan lelaki lain dalam sebuah rumah.
Menurut Harun, suami serta anak perempuan wanita itu turut serta serbuan berkenaan dan sebaik pasangan terbabit ditahan, mereka dibawa ke balai polis.
“Laporan polis mengenai tangkapan pasangan khalwat itu dibuat imam yang mengetuai serbuan. Ia bagi membolehkan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat siasatan lanjut selepas ini...- Idris Musa, Muhd Izawan Baharin dan Muhammad Apendy Issahak
KESAL...Razif menunjukkan laporan polis berhubung tangkapan khalwat isterinya. |
Assalamualaikum wr wb,
Nor Aishah Binti Samah,
Saya ingin memaklumkan bahawa seorang Pembantu Am Rendah di organisasi pihak Puan telah melakukan perbuatan sumbang dan memalukan masyarakat. Nama beliau ialah Rosli Bin Alias dari Centre For Foundation Studies In Science.
Pada pukul 2.am malam tadi 2 Februari 2011, pasangan Rosli Alias yang merupakan Pengerusi Rukun Tetangga dan Ketua UMNO, Puchong Perdana, telah ditangkap oleh masyarakat disini. Ketika ditangkap bersama pasanganya yang juga merupakan isteri saya, beliau sedang bersetubuh dalam keadaan posisi dari belakang. Beliau, Rosli juga mengugut untuk membunuh saya disaksi oleh anak perempuan saya yang berumur 18 tahun.
Bagaimana pun beliau sering mendakwa mempunyai hubungan baik dengan pihak berkuasa dan polis, meluru pergi ke Balai Polis Bukit puchong untuk membuat "laporan".
Beberapa minit kemudian masyarakat yang menangkapnya juga membuat laporan di balai polis yang sama. Ketika di Balai Polis beliau sengaja berpeluk cium didepan khalayak ramai untuk membangkitkan kemarahan orang ramai dan menunjukkan keberaniannya yang "luar biasa"
Saya membuat laporan ini agar pihak Universiti Melaya mengambil tindakan terhadap beliau kerana memalukan. Beliau juga sering memberitahu orang, bahawa beliau adalah kakitangan pensyarah. Sokongan masyarakat terhadap terhadap UMNO di sini, diambil kesempatan oleh Tuan Pengerusi Rukun Tetangga ini untuk melempiaskan nafsu luar biasanya kepada isteri orang.
Saya sempat mengambil gambar dan akan menunjukkan kepada Puan jika diperlukan. Kes ini juga menyebabkan image UMNO tercalar di mata masyarakat. Saya juga ahli UMNO sebelum ini.
Saya boleh membawa anak perempuan saya dan masyarakat sebagai saksi. Jika inginkan maklumat lanjut boleh terus menghubungi saya Alangzizsham 019 3501242.
Berita kehilangan isteri saya sebelum ini terjawab. Kehilangannya rupanya dipangkuan Rosli
Yang Benar
Alangazizsham -
Sunday, February 6, 2011
Menteri yang malas nak fikir.
Keluarkan kenyataan tanpa berfikir. Kalau malas nak fikir pakai otak, at least fikir lah pakai bontot pulak.
Orang ramai berdemo Jumaat lepas pasal nak menunjukkan sokongan kepada rakyat Mesir. PDRM kita pula berlagak macam Hosni Mubarak yang bayar gaji diorang. Main belasah jerr..inilah akibat berfikir menggunakan kepala lutut..
Kalau demo anti Hosni mubarak anjuran Bini Najib tak pa..sbb ini Umno punya demo.
Ada sesetengah orang marah pasal demo anti-Mubarak. Bagi mereka kehidupan ini adalah ikut saja apa yang diarahkan oleh kerajaan Bini Najib asalkan harta-benda mereka dapat tambah-tambahkan lagi. Seronok nya korang!
Menteri digesa tarik balik hina pelajar agama
KOTA BHARU, 5 Feb: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khhspace="10"alid Nordin disifatkan menghina pelajar agama di Mesir apabila berkata pihak kementerian menghadapi kesulitan menghubungi pelajar bidang agama di Mesir disebabkan tidak berdaftar dengan kementerian.Kenyataan itu yang disiarkan dalam Akbar semalam bertajuk “Tiada Pilih Kasih Bawa Pulang Pelajar Dari Mesir” yang boleh disifatkan sebagai tidak benar dan berniat memburuk-burukkan pelajar pengajian bidang agama di Mesir.
Demikian kata Setiausaha Alumni Kesatuan Pelajar Kelantan Mesir (KPKM), Ustaz Md. Asri Mat Daud dalam satu Kenyataan mereka hari ini.
Menurut beliau, Kenyataan Khalid adalah tidak benar sama sekali kerana semua pelajar yang melamjutkan pelajaran di Mesir mestilah melalui Kementerian Pengajian Tinggi dan mereka tidak boleh belajar sekiranya dokumen mereka tidak diuruskan oleh pihak kementerian dan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK).
Tambahan pula, semua nama pelajar-pelajar yang berada di Mesir adalah di bawah pengetahuan persatuan pelajar di setiap negeri dan pihak mereka telah menghantar nama-nama tersebut kepada JPMK.
Pelajar Malaysia pula mestilah memiliki kad pelajar daripada pihak JPMK setiap kali ingin berurusan dengan Jabatan Penuntut.
Oleh itu, tidak timbul isu mereka yang tidak berdaftar tetapi apa yang pasti kesulitan yang dihadapi adalah kegagalan pihak kementerian dan Jabatan Penuntut Malaysia di Mesir melaksanakan tugas dengan baik dan mengabaikan urusan kebajikan pelajar sehinggalah keadaan menjadi kelam kabut apabila situasi getir seperti sekarang berlaku.
Pihak Alumni KPKM mendesak agar menteri berkenaan tidak sewenang-wenang melemparkan tuduhan dan emnadikan perara tersebut sebagai alasan yang boleh mengesahkan lagi diskriminasi terhadap pelajar agama yang telah lama wujud.
Sementara itu, Gerakan membantu pelajar Mesir (GETIR) Alumni KPKM terus memberikan bantuan kepada pelajar di Mesir.
“Terkini, pengerusi GETIR Ustaz Zulkifli Yusuf telah berlepas dari lapangan terbang Kota Bharu menuju ke Mesir dengan kapal terbang Singapore Airlines untuk menyampaikan sumbangan ibu bapa kepada pelajar di sana khususnya yang berasal daripada Kelantan.
“Sebelum ini kerajaan negeri Kelantan telah menghantar bantuan kewangan sejumlah RM 120,000 melalui wakilnya ustaz Zulkifli Yaacob yang telah bertolak beberapa hari yang lepas,” katanya .
Dari: Harakhdaily
Friday, February 4, 2011
Zaman kacau bilau
Kekacauan sekarang macam teori domino. Lepas satu negara, negara lain pulak yang menyambung revolusi. Revolusi apa? Rakyat Mesir mahukan perubahan. Perubahan macamana?
Kekal kepada sistem demokrasi barat. Betul kah demokrasi perlu direvolusikan lagi? Bila kah berakhirnya zaman revolusi? Apa maknanya kalau nak jatuhkan Hosni Mubarak untuk di gantikan dengan Omar Suleiman? Dua-dua manusia ni penyokong kuat zionis.
Pertanyaan demi pertanyaan bermain di kepala. Pada pandangan aku, semua kejadian ini ada arkiteknya. Sesuatu perkara itu tidak akan berlaku selagi tiada hamba yang memohon kepadaNya. Aku menjangkakan kekacauan ini akan terus berlaku sehingga ke tahun 2013.
Beberapa puak mujahiddeen baru akan timbul di samping pengeboman ditempat-tempat awam akan sering berlaku.
Banyak negara-negara Amerika Selatan mengiktiraf Palestine dan Israel sebagai sebuah negara berasingan. Yang berunding dan membuat keputusan bagi pihak Palestine ialah wakil-wakil dari parti Fatah. Yang memerintah Palestine secara sah ialah Hamas.
Berlaku kah lagi peperangan saudara yang lebih dashyat sehingga terhapusnya warga Palestin?
Sekarang ni jiran di Asia Tenggara pula, askar Khmer dengan askar Thailang bertempur hebat menggunakan senjata berat. Dah beberapa orang askar yang terkorban.
Negara China juga asyik mengusik-ngusik kita dengan isu Pulau Spratly. Sampai ke "angin perubahan" ini ke Malaysia?
Salam Keluhan dari Mesir
betul.
ada satu lagi yang anda semua tak tahu. kami bukan risaukan bunyi2 bom di waktu malam. belum terjadi lagi. tapi kami risau benda ni akan jadi worse. ah, kelakar aku rasa bila baca blog2 macam ni,
http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2011/02/krisis-di-mesir-utamakan-bawa-pulang.html
http://blogserius.blogspot.com/2011/02/serius-fakta-fakta-tentang-pelan.html
apa yang korang tahu pasal kami di sini? bank dah banyak yang kena beku, kedai banyak dah tutup, harga barang naik mendadak, penjenayah terlepas. nak tunggu sorang pelajar kami maut kat kawasan 'hijau' ni baru nak menggelabah ke?
betul, kami tak boleh menggelabah. kerajaan sedang keluarkan pelajar malaysia perlahan2. kami di kawasan 'hijau' ni perlulah bersabar.
aku, secara peribadi, boleh bersabar. orang lain aku tak tahu.
yang kami risau sekarang, kerajaan terlalu lambat ambil tindakan. embassy sekarang ni sgt susah nak dihubungi. pegawai2 negeri pun susah nak dikontek jugak. siapa kata kami terurus? lawak, lawak. macam korang pulak yang kat sini, kan?
aku harap, ambiklah. walaupun sedikit lambat. asalkan jangan terlampau lambat. apa kerajaan nak tunggu zioonis campur tangan ke? nk tunggu amerika baling bom guna jet?
ok, ingat tak, dulu2, ada satu kerajaan ni di pegang oleh parti Islam (algeria kot.) then, tiba2 perancis datang untuk jatuhkan balik kerajaan tu. macam tulah yang aku takut sebenarnya. jangan sampai diorang masuk campur. sekarang ni tentera macam menyokong pro-mubarak ni. saja nak laga2kan golongan anti dan pro. kalau dah sampai macam ni situasinya, susah dah kita nak keluar dari sini.
sekejap, kami gembira kami akan keluar dari kancah ni. tapi, kejap sangat. datang balik rumours kata kawasan kami takkan keluar. u pun tak cuti. hakikat, kitorang sekarang ni cuak gila bila tahu ada kemungkinan kami tak keluar ke mana.
ada pihak yang cuba telefon embassy. sejujurnya, kami tak dikompemkan lagi kami akan keluar dari sini.
ada pihak2 yang yang dah gelabah semacam, termasuklah aku.
bukan apa, ini bukan perang agama, utk aku masuk campur. ini hal kerajaan. aku takda hak pun nak bersuara.
kerajaan, kalaulah kos nak selamatkan kami ni tinggi sangat, akan merugikan ekonomi negara, duit2 petronas tak mampu cover, nak majukan sangat negara, maka, buatlah kutipan derma. walaupun kemungkinan separuh tu masuk kat poket sesiapa, sekurang2nya adalah jugak duit. kalau taknak jugak, claimlah duit kami nanti, macam ALONG buat!!!
sekarang ni takda apa. tapi sampai bila? kami tak perlukan golongan2 doktor yang bawak ubat, supply2 makanan tu semua. sini ada doktor dan makanan dah. keluarkan kami segera dan terancang.
kami tak cukup berharga, kan?
lagi sekali.
sampai bila?
nak tunggu kami yang di kawasan hijau ni kena rompak ke? kena peluru? lawak.
kami tak kata kerajaan abaikan kami. kami tuduh melulu. tapi dah memang hakikat, embassy pun tak mampu nak kompemkan kami ni akan keluar dari sini. jadi, macamana kami tak risau?
kawasan 'hijau' yang korang kata tu, dah buat aku rasa gas pemedih mata. kat malaysia pun aku tak rasa.
well, the truth is, kami ada makanan. tak perlulah nak bawak makanan banyak sgt. dan kami kesempitan. makanan ada la seminggu dua lagi, tapi keamanan dan ke'hijau'an kami pun tak tahu lagi sampai bila. kerajaan tak mampu nak comfirmkan situasi kami lagi. kelak kaherah dan iskandariah dan di evakuasi, kami terkapai2 tanpa pegawai sebab semuanya nak balik malaysia jugak. lagi2lah kami di kawasan yang bukan kawasan utama.
sebarkanlah benda ni. sebarkan sehabis daya kalian. TV3, akhbar, facebook, blog, sebarkanlah, tolong. kami tak harap kami diselamatkan sekarang jugak. tapi bagi kami jaminan kami akan keluar. dan kami diselamatkan SEBELUM US dan yahudi masuk campur lebih teruk lagi. tunjukkanlah tanda2 kalian prihatin terhadap nasib kami. kami tidak tuduh anda tidak ambil tahu, tapi tunjukkanlah bukti bahawa anda ambil tahu hal kami.
kami di kawasan hijau tinggal sikit. banyak senior dah gerak ke cairo. tinggallah kami segelintir kami yang terkontang kanting di sini tak tahu apa akan terjadi. sebab tulah kemungkinan kami akan diabaikan semakin tinggi.
kalau betul kami diabaikan, sebahagian besar kami akan lari ke mansurah atau kaherah dengan risiko sendiri. andai kata ajalnya di sini, doakanlah rohnya diredhai.
banyak yang di atas hanyalah rumours. tapi jangan pernah main2 dengan rumours. masakan pokok bergoyang kalau tiada angin, kan?
terima kasih kerana sudi membaca.
wassalam.
Abrar Shafir (http://www.facebook.com/profile.php?id=1598799542)
Dari. gigitankerengge.blogspot
PDRM buat lawak lagi
Dan secara-cara tiba-tiba PDRM menjadi sangat efisien. Kes-kes berat yang tak setel-setel lagi punya la banyak.
Tiba-tiba kes yang boleh jadi tak der kes menjadi keutamaan PDRM. Nak kata bodoh plak kang kata aku menhina penjawat awam.
So, PDRM tak bangang. Yang bangang orang yang punya idea dan berkuasa mengarahkan PDRM buat kerja bangang diorang ni.
Tak habis-habis dengan idea politik bodoh diorang ni. Orang di Selangor ni nak hidup aman damai.
Korang nak berdemonstrasi kat SUK hari-hari pun tak apa..aku tak marah. .tapi biar lah isu nasional sikit.
Ini pasal tokeh pasir yg dah kaya raya tapi dah tak boleh nak bergaya macam dulu, korang pergi demo. Tak ke bodoh nya Umno Selangor ni.
Kali ni isu si Suhaimi. Menghina Sultan konon nya..isu ni lima enam orang budak-budak pemuda Umno yang tukang panaskan...sebab ada masyukk. Pendek kata, kalau ada apa-apa demo kat SUK, budak-budak lima enam orang ni la juga yang punya kerja.
Anggota PDRM tak boleh buat apa-apa dengan diorang ni..Anggota PDRM pun macam kita juga, cari makann..
Kes Adun Shuhaimi: Selangor kesal, dakwa pusat berat sebelah
Tindakan tersebut, menurut kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu, menunjukkan sikap berat sebelah pihak berkuasa — yang terletak di bawah bidang kuasa Putrajaya — dalam mengambil tindakan perundangan ke atas wakil rakyat mereka.
“Sekali lagi, senario yang kita bimbangkan telah berulang apabila pihak berkuasa berat sebelah dalam mengambil tindakan dan hanya cepat menyelesaikan siasatan jika ia membawa keuntungan kepada Barisan Nasional (BN) dan memburukkan imej wakil rakyat Pakatan Rakyat,” kata Pejabat Menteri Besar Selangor dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
“Persoalan yang perlu dijawab oleh pihak berkuasa, mengapakah tindakan tegas dan cepat tidak diambil terhadap kes-kes yang melibatkan kepentingan ramai seperti kes kematian (bekas setiausaha sulit Exco Kerajaan Negeri Selangor) Teoh Beng Hock, (suspek polis mati di lokap) A. Kugan dan (remaja) Aminulrashid?” kata kenyataan itu.
Laporan semalam menyebut, Shuhaimi akan menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam berhubung satu entri dalam blognya yang didakwa telah menghina Sultan Selangor.
Beliau hadir ke balai polis semalam untuk menyerah diri dan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis.
Shuhaimi yang juga Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Kota Raja mencetuskan kontroversi berikutan kenyataan dalam blognya pada 30 Disember lalu yang didakwa telah mempertikai keputusan Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru.
Beliau menafikan kenyataannya itu bertujuan untuk menghasut rakyat dan menghina Sultan.
Kenyataan Pejabat Menteri Besar itu berkata, kerajaan negeri akan memberi sokongan penuh kepada Suhaimi dalam menghadapi kes tersebut.
“Dalam kes Shuhaimi, kerajaan negeri tidak akan membiarkan beliau berseorangan dalam menghadapi tuduhan tidak berasas ini.
“Kerajaan negeri akan membantu beliau dengan membiayai kos perundangan dan menyokong usaha beliau untuk menegakkan keadilan,” katanya lagi.
Kenyataan itu juga menambah, kerajaan negeri tidak percaya beliau mempunyai sebarang niat untuk memburukkan institusi Raja-raja Melayu.
“Ini dapat dibuktikan apabila Shuhaimi dan semua Adun Pakatan Rakyat yang lain, menyokong dalam sidang Dewan Undangan Negeri pada 24 Januari lalu untuk mengembalikan perlembagaan negeri kepada bentuk asalnya yang memberi kuasa kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar untuk memilih tiga pegawai ex-officio kerajaan negeri,” kata kenyataan itu.
Sebaliknya, menurut kenyataan itu, kesemua Adun BN pula menolak pindaan tersebut, sekali gus menghalang pengembalian kuasa pelantikan tiga ex-officio kepada Sultan Selangor.
“Dalam hal ini, rakyat boleh menilai sendiri siapa sebenarnya penderhaka yang tidak menghormati langsung institusi Raja-raja Melayu tetapi dengan lantang melabelkan orang lain sebagai penderhaka,” kata kenyataan itu lagi.
Kenyataan itu menambah, rakyat juga dapat melihat berlakunya ketidakadilan pihak berkuasa apabila kes yang tidak mengancam keselamatan negara diberi keutamaan untuk diselesaikan sedangkan banyak lagi kes jenayah yang meragut nyawa dan menjejaskan kualiti hidup rakyat gagal diselesaikan dengan kadar segera walaupun banyak aduan telah dibuat.
Dalam kenyataan itu, kerajaan negeri juga menegaskan, apa yang berlaku sekarang menguatkan lagi iltizam dan komitmen Pakatan Rakyat untuk mengembalikan integriti institusi penguatkuasaan termasuk kehakiman, Pejabat Peguam Negara dan polis sekiranya diberi mandat untuk memerintah negara pada pilihan raya umum ke-13.
Dari : themalaysianinsider.comBerbaik sangka
Aku ni bukan nya nak berburuk sangka dengan koperasi berlandaskan Islam seperti Pajak Gadai Ar-Rahnu di bawah Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad.
Kadang-kadang ku fikirkan, adakah ini satu kebetulan atau perancangan?
Kalau dilihat dari motto dan perjalanan syarikat, perniagaan dijalankan menggunakan sistem Islamik.
Hanya logo kedai pajak gadai tu jer yang memusykilkan aku. Bunyi memang indah; tapi adakah sesuatu disebalik sesuatu?
Sistem kewangan kini sememangnya dipakari oleh puak-puak yahudi selagi nilai matawang perniagaan dinilaikan mengikut dolar Amerika.
Islam juga tidak kalah dengan sistem kewangannya yang bersandarkan kepada nilai emas. Sistem yang bersih dan menyucikan.
Dan aku bersangka baik dengan koperasi ini.